Sunday, April 22, 2012

smile as you can

sometimes
when life gets too sour
a drop of sweet will make it better

when problems chasing after you
stop running, smile at it
and deal with it 

because smile is the sweetest thing of all
that will ease your problem
without you knowing it




Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man's FB status:

Bisikan syaitan yg paling mudarat pada seseorang itu ialah perasaan malas. 

Apabila terasa malas pd waktu ketika anda sepatutnya mengerjakan sesuatu, sedarlah anda sedang melayan bisikan syaitan.

Apabila anda melayan bisikan syaitan, pelbagai khayalan akn bermain di minda - buat teh dulu, tangguh sekejap, layar inte...rnet dulu, tunggu rancangan tv habis dulu, rasa nak tidur, telefon berbunyi, sms datang, org rumah panggil dan sebagainya...

Kita harus saling-mengingatkan org sekeliling kita yg kelihatan malas, berkata malas utk mengerjakan sesuatu, terlalu santai sehingga lalai bahawa mereka sedang melayan bisikan syaitan yg dahsyat.

Petua mengatasinya mudah, SENYUM dan kuncikan minda dan teruskan buat kerja yg sepatutnya. Selepas 5 minit, inshaAllah bisikan syaitan akan menghilang, dan kita akan mendapat momentum utk menghabiskan tugas yg ada di tgn.

Sekadar berkongsi pengalaman peribadi dengan semua.

Kita harus saling-mengingatkan org sekeliling kita yg kelihatan malas, berkata malas utk mengerjakan sesuatu, terlalu santai sehingga lalai bahawa mereka sedang melayan bisikan syaitan yg dahsyat.
Petua mengatasinya mudah, SENYUM dan kuncikan minda dan teruskan buat kerja yg sepatutnya. Selepas 5 minit, inshaAllah bisikan syaitan akan menghilang, dan kita akan mendapat momentum utk menghabiskan tugas yg ada di tgn.
Sekadar berkongsi pengalaman peribadi dengan semua.


Saturday, April 21, 2012

teman perjuangan

subhanallah
begitu erat ukuwah ini terbina
meski sudah bertahun tak ketemu
perjuangan kita perjuangan yang sama
dalam diam Allah ikat hati-hati kita
cantik sekali perancanganNya

kadang-kadang
rasa dah tak sabar  
nak pulang ke tanah air
dan mulakan perjuangan
lagi-lagi bila dapat tahu
ramai teman menantiku pulang
untuk berjuang bersama-sama

akhawatku sayang
meski kita jauh berbeza benua
meski kita berbeza siang dan malam
namun percayalah
kalian sentiasa dihati 

(^_^)

Thursday, April 19, 2012

kerana warna membezakan

luarnya keras
bujur bentuknya
pada kalian
mungkin tiada bezanya
namun isi didalam
penentu acuannya

bayangkan...
dalam menu seharian
jika yang kuning isi dalamnya
sedaplah dimakan beserta nasi lemak
tapi jika yang oren pula warnanya
pembuka selera si nasi kerabu

nampak perbezaannya?
meskipun sama pada luarannya
namun pada dasar didalam
itulah yang membezakan

yang akan menetas
bukanlah dua ekor yang serupa

namun telur tetap telur
jika tidak menetas
ke dalam perut manusialah
pengakhiran abadinya





Sunday, April 15, 2012

postphone le jawabnye

niat dihati,
plan asal cuti ni nak update
pasal homestay di Essex,
siapkan video jaulah winter,
dan belajar guna sony vegas

namun
perancangan Allah lebih cantik rupanya
beberapa hari lepas balik bercuti
terus demam sampai ke hari ni

segala plan terpaksa ditangguh dulu
sebab nak fokus pada assignment dan exam
mohon doa agar sisa-sisa cuti yang ada
dapat dimanfaat dengan lebih tersusun

Friday, March 23, 2012

masa itu sudah hampir

hidup
semakin lama
semakin hampir dengan kematian
semakin dekat dengan hari pembalasan

tika gembira menyambut kelahiran
ada sebahagian meratapi kematian

ingatlah
tika umur bertambah meningkat
sebanyak itu jugalah usia kita
semakin meninggalkan dunia

ustaz selalu kata
bila hari jadi
ucapkanlah
"selamat meninggal dunia!"

Tuesday, March 13, 2012

Alhamdulillah!

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah

pertolongan Allah itu maha luas
mungkin apa yang kita minta
tidak termakbul
tapi Allah bantu kita
dengan apa yang kita perlu
berbanding apa yang kita mahu

dikala kekusutan melanda
runsing dengan tugasan sebagai pelajar
Allah bukakan hati sahabat-sahabat
untuk tampil memberi pertolongan
sungguh tidak ternilai kasihnya Dia pada kita

Alhamdulillah ya Allah!


Friday, March 9, 2012

simple and short

there's so many things to write here
but due to assignments which are to be submitted this coming weeks,
that piece of mind rests at heart

will find some time to update this lil blog
insya'allah