Sunday, October 19, 2014

cahaya iman

sahabat

bilamana hati meronta
diri yang kian alpa akan amalmu

bersyukurlah.
itu tanda hati masih hidup

andai hati tidak tenang
tika diri melakukan dosa

yakinlah
masih bersisa iman di dalam hatimu

hati itu belum mati
cuma menunggu masa
untuk disemai kembali dengan cahayaNya

tika iman tinggi melangit
beribadahlah semahunya

jadikan bekalan
tika ia merudum jatuh

apabila sudah jatuh
usah mengalah, cuba lagi

kerana tiada siapa
imannya tidak naik, tidak pula jatuh

Thursday, October 16, 2014

feel it so you will appreciate

tests, difficulties, struggles.
everybody will face it
no one, yes, no one
will be tested the same way
as the person next to you

some of you
will be tested with health

some of you
will be tested with wealth

and some others
will be tested with the words they uttered

do not frown
it is the way Allah have sent to you
He misses our prayers and nags
He misses our dependency towards Him

cry
will not solve the problems
but it gives us strength
even stronger
if we prostrate to Him

back to basics


"Adik, akak nak tanya ni, macam mana adik sekarang ni? Masih mencari lagi ke?"

"Apa maksud akak mencari tu?"

"maksudnya, mencari 'something' yang terbaik untuk diri kita. Rohani.. Soul..."

"Hmm... Rasanya macam tu lah kot kak. Saya memang sejujurnya, tengah ambil masa untuk 'time out' kejap... Sebab tu lepas habis bulan *** aritu, saya senyap je tak join mana-mana program kita..."

"It's okay, good for you. Takpe, you take your time..."

"Tapi off lama-lama pun, nanti tak pasal-pasal lesap terus pulak kann.."

"Jangan terlalu lama dan jauh..."



Menalar. Merenung kembali. Bak kata Ustaz Hasrizal dalam buku terbarunya Menalar Makna Diri, pengkajiannya tentang Imam Birgivi, beliau bukan sahaja menghayati sejarah tokoh tersebut, bahkan merenung dan muhasabah dirinya. Sedikit sebanyak perkongsian ustaz semasa Seminar yang diadakan di UKM tempoh hari betul-betul menusuk hati dan perasaan.

It was at the right moment, as me myself was still in search the meaning of life. I finished my degree in ***, and soon after that, my time was filled with so many things. I want to go back to the basics. I want to unlearn and relearn.

Jujur kata, 3-4 tahun yang dah berlalu, memang banyak perkara yang telah saya belajar. From zero knowledge of anything, I've became someone who have something. Be it knowledge, or experience or anything under the sun. Saya yang sekarang tidak lagi seperti dahulu. Tapi, dalam 'something' yang ada tu, terasa masih ada kekosongan yang belum diisi.

Kita mungkin sibuk buat program sini, handle program sana, peduli hal adik-adik junior, tapi at one point, kita tak ambil peduli progress diri sendiri. Eh. Bukan la nak kata memang tak ambil pusing, tapi kurang sedikit. Yelah, busy buat program, busy juga buat assignment semua tu. Kadang-kadang kita lupa nak revise balik apa yang kita dah belajar. Lupa nak check amalan sendiri. zretttt.

'Time-out' kali ni benar-benar bermanfaat buat saya. Satu demi satu datang kepada saya, dalam keadaan yang tak saya jangkakan. Alhamdulillah dan sememangnya rasa bersyukur dengan segala macam tarbiyah yang saya dapat sepanjang fasa ni.

Beberapa bulan yang sangat lapang ini, saya belajar kembali untuk menghayati ayat-ayat al-Quran. Seperti pertama kali jatuh cinta dengan al-Quran, begitulah perasaannya. Saya membuka kembali buku-buku asas tentang Islam, seperti bagaimana untuk solat dengan sempurna, apakah saya benar-benar menganut Islam (Maza Yakni), buka balik nota-nota usrah berkenaan aqidah dan banyak lagi. It sounds very basics, right? IT IS.

Mungkin, kerana rutin yang diamalkan, menyebabkan saya leka, dan tidak menghargai setiap ibadah yang kita lakukan setiap hari. Dan mungkin juga, kerana leka itulah, saya makin tidak rasa kemanisan beribadah kerana Allah. He knows well upon this slave yang selalu leka. Dalam berprogram dengan pelajar-pelajar sekolah, sebenarnya secara tak langsung Allah bagi saya peluang untuk revise balik semua tu. Serius. Rasa macam baru jumpa jalan pulang lepas sesat yang terlalu lama.

Moga, dengan apa yang saya dapat sekarang ni, membuka 1 jalan, 1 peluang untuk saya terus istiqamah. Dalam beramal, dalam menyumbang kepada Islam. Pernah saya pasakkan dalam hati, lepas dari semua ni, saya takkan menoleh ke belakang lagi. Tiba masa untuk kembali infiru dari 'futur' yang disengajakan ni. Insya'allah.

Tuesday, October 14, 2014

Mail Merge - Microsoft Office Words

    Mail Merge adalah kemudahan yang boleh digunakan dalam Microsoft Office Word. Aplikasi ini membolehkan satu dokumen digunakan untuk semua orang. Lazimnya digunakan untuk mengisi borang, sijil, surat edaran, resit dan banyak lagi kegunaanya. 
   Tak perlu taip secara manual, satu-satu. Cuma kena sediakan master dokument (fail induk) dan satu fail pengkalan data (fail excell). Berikut adalah 4 langkah utama yang perlu dituruti untuk membuat  Mail Merge.

1. Buat satu fail pengkalan data dalam bentuk excell, kemudian simpan (save) dan tutupkannya. 

  (Seperti contoh di bawah)  



2. Sediakan fail induk. (master document) seperti di bawah.


3. Pilih menu Maillings => Select Recipients => Use Existing List... Kemudian pilih fail pengkalan data anda. (Seperti gambar di bawah)

 4. Masukkan data yang berkenaan dengan letakkan kursor (tanda "l" yang sentiasa berkelip) anda pada tempat yang sesuai pada tempat yang sesuai. Kemudian klik :
Mailling => Insert Merge Field => Nama 



Ulang langkah 4 sehingga data telah lengkap. (Seperti di bawah) Siap!!! :)



Untuk melihat semua data yang telah lengkap sila pilih :

  Mallings => Print Result => klik "<"atau">
 


(Paparan dokumen akan berubah setiap kali klik < atau >)



Kegunaan Menu "Finish & Merge"
-  Hasil dokumen secara individu (Fail disimpan berasingan)
- Mencetak data Mail Merge
- Edaran e-mail 




Credit to: link asal

Friday, August 1, 2014

mencari ruh yang hilang

aku perlukan ruang
untuk menilai kembali diri

sekian lamanya
kita semakin selesa

semakin leka dibuai senang
semakin alpa matlamat diri

kerana rutin
kita makin hilang ruh itu

aku ingin kembali
mencari yang semakin pudar

andai satu hari nanti
aku tidak bersama lagi

doakan sebaiknya

agar aku teguh bersama Islam



Friday, July 25, 2014

so what's next?

it's coming to an end now
see

so how was it?
did you enjoy it?

or worse...
if nothing ever changed

if what you had
were just thirst and hunger,
you're gotta be kidding me

keep calm and work it out fast
there's few more days left 

will we meet again next time?

no one knows but Him

so what's next?





Tuesday, July 15, 2014

love

to some
saying 'I Love You'
is effortless

but to some others
saying they love you 
is the hardest

love is a verb
shown through acts
beyond those three words

but if words couldn't describe
and acts couldn't express
then what's left?

through our prayers.

ana uhibbuki fillah
ya ukhti