Friday, March 23, 2012

masa itu sudah hampir

hidup
semakin lama
semakin hampir dengan kematian
semakin dekat dengan hari pembalasan

tika gembira menyambut kelahiran
ada sebahagian meratapi kematian

ingatlah
tika umur bertambah meningkat
sebanyak itu jugalah usia kita
semakin meninggalkan dunia

ustaz selalu kata
bila hari jadi
ucapkanlah
"selamat meninggal dunia!"

Tuesday, March 13, 2012

Alhamdulillah!

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah

pertolongan Allah itu maha luas
mungkin apa yang kita minta
tidak termakbul
tapi Allah bantu kita
dengan apa yang kita perlu
berbanding apa yang kita mahu

dikala kekusutan melanda
runsing dengan tugasan sebagai pelajar
Allah bukakan hati sahabat-sahabat
untuk tampil memberi pertolongan
sungguh tidak ternilai kasihnya Dia pada kita

Alhamdulillah ya Allah!


Friday, March 9, 2012

simple and short

there's so many things to write here
but due to assignments which are to be submitted this coming weeks,
that piece of mind rests at heart

will find some time to update this lil blog
insya'allah

Friday, January 27, 2012

mungkinkah?

mana mungkin
kita bisa mentarbiyah
jika diri sendiri tidak tertarbiyah?

mana mungkin
menjadi qudwah hasanah
jika amalan sendiri tidak terjaga?

mana mungkin
menyentuh hati insan yang mendengar
jika yang berkata tidak berbicara dari hati?

ayuh lengkapkan diri
hayati ilmu yang dipelajari
ikhlaskan niat di hati
agar Islam tertegak dalam diri
serta insan yang didampingi

Monday, January 23, 2012

imam

i found this quotation really interesting

"Seharusnya lelaki tidak harus meletakkan piawaian yang terlalu tinggi untuk calonnya. Kerana jika IMANnya hebat, maka dia akan memimpin dengan baik, tidak kira siapa pun yang akan menjadi makmumnya.


Yang harus cerewet adalah wanita. Kerana dia sedang memilih calon IMAMnya. Dan sudah pasti, dia mahukan calon Imam yang mampu membimbing dengan baik. Kerana memilih bakal Imam, lebih penting dari memilih bakal Makmum"

Sunday, January 22, 2012

masa yang lalu

aku percaya, Allah masih sayang jiwa ini. kerana itu, aku belum ditemukan dengan orang yang betul. mungkin dia bukan yang terbaik untuk diriku. atau mungkin Dia mahu aku untuk mengenali Islam lebih dari segala yang lain. benar, cinta adalah fitrah, tapi bagaimana kita mengawal perasaan untuk dicintai dan mencintai, itu lebih penting. Aku bersyukur kerana ditemukan dengan sahabat yang banyak mengingatkanku untuk menetapkan pendirian, kerana aku yakin Allah yang gerakkan hatinya untuk membantu aku. dan kini aku bersyukur dengan pilihan yang telah dibuat. alhamdulillah, insan tersebut telah pun mendirikan rumahtangganya. mungkin ada yang menyangka aku akan berasa sedih, kecewa mahupun menyesal dengan pilihanku, tapi bagi aku, sekurang-kurangnya insan itu telah berjaya menutup ruang-ruang maksiat. dan sekurang-kurangnya juga aku tidak terjerat dengan helah syaitan yang menggoda, yang mungkin memakan diri. yang mungkin aku pada hari ini bukanlah sepertimana aku seadanya. belajar dari kesilapan, aku mahu belajar erti tanggungjawab sebelum tanggungjawab itu diamanahkan kepadaku kelak. dan ianya satu proses yang panjang. jika tiada persediaan rapi, manakan dapat perjalanan yang lancar. dan aku yakin janji Allah pada hambaNya yang menunaikan tanggungjawab dengan sebaiknya.

Friday, January 20, 2012

masa adalah hak


kita sebagai pelajar
kita ada masa untuk ulangkaji
kita ada masa untuk makan
kita ada masa untuk berprogram
kita ada masa untuk lepak-lepak
kita ada masa untuk bekerja
kita ada masa untuk tidur
dan kita juga ada masa
untuk tidak berbuat apa-apa

dan atas dasar apakah
kita ada masa untuk semua itu?

PILIHAN KITA

maka kitalah yang berhak untuk memilih
apa yang kita akan lakukan
dalam 24 jam sehari
7 hari seminggu

jika niat untuk tidur
maka tidurlah yang kita dapat

jika niat untuk makan
kenyanglah yang kita rasa

tapi jika kita niat kerana Allah
semuanya menjadi ibadat

makan untuk memberi tenaga
agar dapat menambah amalan

tidur sejenak di siang hari
agar dapat bermunajat ketika malamnya

jadi
adakah kehidupan kita sebagai pelajar
hanya untuk mengejar segulung ijazah?
untuk memudahkan kita mendapat kerja?
atau menggunakan ilmu yang dipelajari
dan menyumbang kepada ummah?


i do not learn for a piece of recognition
but i do learn for life and the hereafter