Wednesday, April 24, 2013

pulihkan

bila tengah 'down'
semua benda boleh buat kita menangis. 

cubaan untuk pulihkan semangat
akhirnya tumpah juga bila dengar bait kata ni

"jangan buang masa
siapa kata kita tidak boleh
kita ada Allah maha kuasa
kita punya kuasa tenaga
doa sebagai senjata
umat Islam sentiasa boleh"

hiburan itu indah bila ia mengingatkan
racun bila melalaikan




setelah lama

jika ditanya
apa kesannya setelah bertahun ditarbiyah
tepuk dada, jawab dalam hati

tahun pertama ditarbiyah
banyak input, banyak terkesan dihati
banyak menangisi masa lalu

setelah bertahun-tahun dalam tarbiyah?
...
moga terhindar dari jadikan usrah sebagai rutin
moga  ruh dalam usrah dapat diterjemah dalam amal

bukan hanya bersemangat dalam usrah
habis usrah, kembali kepada asal seperti sebelum diusrah

kalau macam tu
apa bezanya kita dengan orang yang tak usrah?


Monday, April 22, 2013

pre

bila perasaan rasa nak update banyak-banyak
idea pulak tak terluah nak susun macam mana
priority masih pada dissy dan oral test mandarin esok

cumanya nak kata
dalam perang kata-kata difacebook
jagalah adab dalam penulisan
usah dihambur kata-kata kesat
orang soleh tak buat macam tu kan?

Friday, April 19, 2013

politcian jr



mendidik generasi cilik cerdik politik 
jika si kecil tahu apa ciri-ciri seorang pemimpin
kenapa tidak kita?
:)

Tuesday, April 16, 2013

distractors

sebagai pelajar tahun akhir yang sedang bergelumang (tapi sempat la pulak kan nak update blog) dengan dissertation sebanyak 10 ribu patah perkataan, distractors seperti dibawah sememangnya mengganggu konsenstrasi untuk menyiapkan dissertation, disamping musim pilihanraya yang tarikhnya memang sipi-sipi dengan dateline submission dan juga first paper exam.







Bagi yang berkesempatan mengundi
undilah dengan bijak
yang tidak berkesempatan mengundi
pastikan orang disekeliling mendapat maklumat yang tepat



tanya pada hati

apa khabar iman hari ini?
pukul berapa solat subuh tadi?
malam tadi sempat qiam tak?
ada mathurat tak pagi ni?
pukul berapa zohor kita harini?
asar pulak macam mana?
maghrib isyak pulak?
ikhtilat dalam alam maya ada gap tak?
ikhtilat dalam kelas dan luar? 

sungguh
jika kemenangan islam yang kita nantikan
menangkanlah dalam diri juga
kurang-kurangkanlah
hentam-menghentam dalam berkata-kata
cukup-cukuplah ikhtilat tidak terjaga
henti-hentikanlah perkara yang mengeraskan hati
jagalah akhlak dan adab sebagai Muslim

jangan kerana kita
amal pejuang Islam yang leka
kemenangan Islam masih tertangguh



only for this time

i'm not a person 
who likes to post stuffs about politics much in my blog
maybe I'm not fully understands it
or maybe because I'm just not really  into it.
but this time
I think it's worth it.
kiyomi song won't get us anywhere
movies are not the reality
for those who thinks study is the priority for students
well, it is, but the fate of our country is also our responsibility


VOTE for CHANGE!
vote for a BETTER MALAYSIA!

#inikalilah!

bukalah mata, bukalah minda [PRU13]

Video 1


Video berkaitan sedikit analisa PRU 2008 dan perbandingan pemerintahan antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional di beberapa tempat. Penceramah, Ustaz Suhaimi Md Saad merupakan Ketua Penerangan PAS Pahang. Ustaz Suhaimi turut menjelaskan 3 persoalan utama yang seringkali diwar-war dan dimomokkan Barisan Nasional kepada masyarakat sekiranya Pakatan Rakyat menang pilihanraya akan datang. 3 perkara yang dihuraikan
  • DAP akan jadi Perdana Menteri
  • Kristian agama rasmi negara
  • Malaysia sebagai agen Israel
Video 2

Dimusim pilihanraya ini, rakyat perlu berhati-hati dengan lambakan media dan sumber berita yang diperoleh. Video membuktikan telah berlaku banyak fitnah yang dilakukan oleh media arus perdana. 
Banyakkan menilai sebelum membuat keputusan. 
Berfikir dalam mencari kebenaran. 




Undilah berdasarkan fakta dan bukan emosi
undilah kerana prestasi dan bukan semangat perkauman
jadilah pengundi yang berwibawa





Wednesday, April 10, 2013

diantara dua

Bismillahirrahmanirrahim

sebelum kita mengecam mana-mana parti politik,
caci memaki pro pembangkang  mahupun pro kerajaan,
marilah kita betulkan niat, atas dasar apa kita berpolitik?

memilih untuk mana-mana parti politik
biarlah kerana rasional bukan semangat semata-mata
memilih kerana fakta bukan kerana emosi
memilih kerana apa yang boleh diperbaiki
bukan kerana bersyukur dengan apa yang ada