Friday, August 1, 2014

mencari ruh yang hilang

aku perlukan ruang
untuk menilai kembali diri

sekian lamanya
kita semakin selesa

semakin leka dibuai senang
semakin alpa matlamat diri

kerana rutin
kita makin hilang ruh itu

aku ingin kembali
mencari yang semakin pudar

andai satu hari nanti
aku tidak bersama lagi

doakan sebaiknya

agar aku teguh bersama Islam