Wednesday, December 29, 2010

ukhuwah

siapa sangka
dalam masa yang sejenak
dua hati boleh bersatu
hati demi hati bertemu
maka terbinalah ukhuwah
dasarnya pada tujuan yang sama

ingin mengenal Islam sedalamnya
perbaiki kelemahan diri
menambah kefahaman hati
serta menambah kenalan

Allah Maha Mengetahui
lebih dari yang kita tahu
jika selama ini
kita tak pernah bertemu
tiada persamaan
hanya perbezaan

mungkinkah jauh di dasar hati
kerana Allah niat kita
dan kerana itulah kita bertemu?


"Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu, bertemu untuk mematuhi perintahMu, bersatu memikul beban dakwahMu, hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini pada jalannya, penuhkanlah hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakal kepadaMu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifahMu, jika Engkau mentakdirkan kematian maka matikanlah pemilik hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah, perkenankanlah permintaan ini."
(doa rabithah)


p/s: specially dedicated to FUIYOian 2010... moga hati-hati ini terus subur mencari dan menerima tarbiyyah Allah :P

Tuesday, December 28, 2010

putihnya salji

Salji itu putih
ketibaannya ditunggu-tunggu
turunnya dinanti-nanti
suci, bersih dan tulus
bagai kain putih yang belum dicorakkan
bagai anak kecil yg sedia diajarkan iman dan islam
itulah hati yang seharusnya kita impikan

sekian lama ia turun
Jika tidak dijaga hati-hati itu,
lenyaplah kesaljuannya
hilanglah kesuciannya
jadilah ia sehitam legam arang
yg kotor dipijak-pijak di jalanan
tatkala melicinkan, menyukarkan
pergerakan si pejalan kaki

hargailah ia selagi ia putih
jagalah ia agar tidak kotor
dan kekalkanlah ia agar tidak hilang kesuciannya

Saturday, December 18, 2010

aku dengan caraku

aku ada kemahuan
tapi banyak kelemahan
lebih dari kelebihan

nak sampaikan maklumat
tapi kurang isi
kurang referens
kalau akademik dah sah gagal
bukan kepakaranku
menghafal dan mengingat

tapi mungkin
ini caraku luahkan
jika salah kata
silap tafsiran
sila betulkan


p/s: bebelan malam sebelum travel

Friday, December 17, 2010

siapa kata??

siapa kata Islam itu susah?
banyak rukhsahnya,
pelbagai cara kemudahannya

siapa kata tiada masjid
tak boleh solat?
solat boleh dimana-mana
tak kira berdiri atau duduk
ikut keadaan ikut tempat

siapa kata tiada air
tak boleh ambil wudu'?
boleh khuf mahupun tayammum
tepuk-tepuk dah boleh solat
sah pula tu

itulah kita
belajar hanya untuk tahu
hanya untuk diluah dikertas
tapi tak tahu untuk amal

jom kita check balik
pastikan ilmu yang ada diamal
apa yang tahu disebar
agar sama-sama jadi orang yang beruntung


" Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan " (59:18)



wallahualam

Thursday, December 16, 2010

muhasabah?

salam wbt and hi

jom kita fikirkan~

Allah dah ciptakan alam
banyak haiwan kita boleh
sembelih dan makan
banyak sayur kita boleh ratah
banyak buah yang selamat dikunyah
xpayah rasa ragu2

kalau niat baik je dah dapat pahala
apatah lagi kalau buat
dosa lak hanya dikira kalau dikerjakan
solat sendirian dapat pahala
solat berjemaah 27 kali ganda

apa lagi yang kita mahu?
xcukup lagi ke nikmat yang Allah dah bagi?
sihat kita lebih banyak dari sakit,
kenyang kita lagi lama dari lapar

tapi,
diuji sikit, merungut hyperbola
kalau nabi yang lagi berganda2 ujiannya,
apalah sangat kita sebagai umat?

cuba tengok (55:13)
agak2 ada ter'Zass' x?

*sigh*

oh dear

who says that studying abroad is easy?
it seems enjoyable and fun,
but the obstacles are rather challenging
further in a distance

a shelter
where we live under
shields us from the hot sunny rays
the chilly cold wind (and snow?)
and all that could happen

to find a house
without parents to guarantee
deciding on owns mind
which still immature
still need guidance
is definitely a struggle

who says overseas students are rich?
our rent is higher than our living cost
that it's actually covers more
so funny that they gave us a 'C'
just because we're in towns
outskirt of the cities
even cities are more reasonable

Rabbi yassir wala tu'assir
O Allah, help us with Your guidance
strengthen our heart to always be near You
help us to go through
for every obstacles You'd like to test