siapa sangka
dalam masa yang sejenak
dua hati boleh bersatu
hati demi hati bertemu
maka terbinalah ukhuwah
dasarnya pada tujuan yang sama
ingin mengenal Islam sedalamnya
perbaiki kelemahan diri
menambah kefahaman hati
serta menambah kenalan
Allah Maha Mengetahui
lebih dari yang kita tahu
jika selama ini
kita tak pernah bertemu
tiada persamaan
hanya perbezaan
mungkinkah jauh di dasar hati
kerana Allah niat kita
dan kerana itulah kita bertemu?
"Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu, bertemu untuk mematuhi perintahMu, bersatu memikul beban dakwahMu, hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini pada jalannya, penuhkanlah hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakal kepadaMu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifahMu, jika Engkau mentakdirkan kematian maka matikanlah pemilik hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah, perkenankanlah permintaan ini."
(doa rabithah)
p/s: specially dedicated to FUIYOian 2010... moga hati-hati ini terus subur mencari dan menerima tarbiyyah Allah :P
7 comments:
i just know it dear, u can be real puitis (: huhu yeah walau sekejap bersama, namun bila ukhuwah kerana Allah,serasa sudah lama kita kenal (:
hmm. hmm.
u r poetic,indeed...:)
anonymous: hm hm back :P
the voice: in the making, perhaps? there's lot more to learn...
can u guess hu's d voice really is??haha
haha... it's the voice of jie :P
:)
Post a Comment