Monday, September 30, 2013

menuju gemilang

adik-adikku
selamat melangkah diseberang sana
terdapat banyak yang boleh kalian teroka
terlalu banyak yang kalian boleh pelajari
asal rajin mencari dan ikhlas baiki diri

adik-adikku
perjalanan kalian baru bermula
kumpul ilmu sebanyak mungkin
agar boleh dikongsi bila kembali

pandanglah alam dengan kaca mata Islam
terlalu banyak yang boleh diambil ibrah
bina ukhuwah, cari pengalaman, tadabbur alam.

insya'allah takkan rugi


Friday, September 27, 2013

dua alam

bila berada dalam dunia dakwah
usah dikecilkan skop pemikiran 
dakwah hanyalah bergerak dalam halaqah dan usrah 

setiap perbuatan kita adalah dakwah
akhlak kita
perbuatan kita
percakapan kita
dan mad'u sekeliling memerhati
setiap tindak tanduk kita yang dipanggil daie

seimbangkan dakwah dan kehidupan
jangan berat sebelah
biar bukan yang terbaik
asal adab dan akhlak tetap dijaga

kita bersungguh ajak mad'u ke majlis ilmu
tapi bila tugasan tak dapat diselesaikan
tak pergi kelas pun tak apa
eh, tapi bukankah ada keberkatan didalamnya?
bukankah belajar itu adalah amanah?
kenapa tak buat apa yang dikata?

benar ianya mungkin kelemahan kita mengurus kehidupan
tapi jangan dijadikan alasan hingga mampu mencetus fitnah

p/s: reminder untuk diri sendiri yang kadang tak mampu nak cope dengan tugasan etc

Monday, September 23, 2013

the ugly truth

it seems that 
everything we've learned during usrahs and tamrins
are coming to reality 

talk about priority
events clashes now and then
till we can't really decide which one to go to

talk about distance
only determination will get you through
to cross the road and reach the destination

it's quite hard to get yourself back on track
because it'll need lots of determination
and also support

adaptation
may take longer than it should be
but hopefully not
we don't simply disappear
and vanish through time

"So do not weaken and do not grieve, and you will be superior if you are (true) believers."
 [3:139]


Sunday, September 22, 2013

what to do while studying abroad

Salam and hai.

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian.Dalam entry ini saya ingin berkongsi secebis pengalaman dan cadangan kepada mereka yang bakal melanjutkan pelajaran ke luar negara. 

Dalam kita mempersiapkan diri mental dan fizikal untuk ke suatu tempat yang baru yang mungkin berbeza dari persekitaran sedia ada, moleklah juga jika dapat kita sama-sama menanamkan objektif tentang apa yang kita mahu dapat sepanjang pengajian disana. bukan hanya sekadar segulung ijazah sahaja cita-cita kita, kerana itu belum menjamin personal development kita yang selebihnya.


Pertama. Pengurusan kewangan sebaiknya.

Dalam setahun, rata-rata penaja akan memberikan elaun sara diri untuk beberapa bulan sekaligus. Jadi kebolehan untuk mengurus kewangan sangatlah dititikberatkan sepanjang berada diluar negara. 

it is important to keep our priorities right. utamakan untuk ada proportion yang tetap setiap bulan eg untuk savings, bil-bil rumah dan telefon. selebihnya, customize ikut preference kita. jika suka berjalan, banyakkan proprotion untuk pengangkutan. tapi jangan dilupakan juga satu proportion untuk kita berinfaq. yes, hidup diluar negara memang dikatakan mewah dengan rate elaun yang boleh dikatakan agak tinggi. bayangkan. jika kita bandingkan nilai 1GBP dan RM1, yang mana satu lebih tinggi nilainya? fikir-fikirkan. setidak-tidaknya wang kita tidak disalurkan ke arah yang tidak bermanfaat. :) 




Kedua. Explore/Tadabbur alam

Banyakkan mentadabbur alam. Guna peluang untuk explore tempat-tempat menarik disana. Ambillah ibrah yang ada, tidak kisah dari segi akhlak masyarakat setempat, culture  mereka walhal sejarah tempat itu sendiri. sebagai contoh lawatlah tempat-tempat semulajadi seperti pantai-pantai, kawasan bergunung-ganang, hutan-hutan simpan yang jauh dari kesibukan kota dan sebagainya. dan bertadabburlah. terdapat banyak ayat-ayat indah yang Allah nak sampaikan kepada kita melalui penciptaan alamNya. buka Quran, renung alam dan fikirkan. :)



kerana saya dari kursus yang berunsurkan sastera, pengalaman mengunjungi tempat kelahiran penulis terkenal seperti William Shakespeare dan Charles Dickens banyak memberi input tentang persekitaran mereka yang sedikit sebanyak menjadi inspirasi dalam penulisan karya mereka. 

Melihat pula pada pengalaman ke negara lain seperti Jordan dan Turki pula banyak membuka mata untuk saya menghayati pengorbanan para sahabat zaman dahulu dalam usaha menegakkan Islam sebagai ustaziatul alam. 

Siapa kata berada di negara Eropah tidak mampu membuka mata kita tentang keindahan Islam? Kadang kala kita perlu untuk melihat sendiri tinggalan sejarah yang telah dilakarkan oleh orang-orang terdahulu. Iyalah, Malaysia hanya berusia 50an tahun. Sejarah turun naik penghayatan Islam dalam kehidupan masyarakat boleh dikatakan masih bayi jika dibandingkan negara-negara lain. Ambil ibrah dan fikirkan apa yang boleh kita sumbangkan bila balik nanti. :) 

segala benda boleh dilihat melalui kaca mata Islam. hanya mahu atau tidak saja. 

p/s: siapa tahu kewujudan Islam di Britain dimulakan oleh siapa dan dimana? :P


Ketiga. Urus masa betul-betul ye!

Time is precious. Terdapat banyak cuti yang ada di luar negara, terutamanya mengikut musim. Pastikan kita rancang sesuatu agar masa yang ada tidak terhabis begitu saja. Guna masa yang ada untuk belajar (ikut study style masing-masing), masa berpersatuan (ada kalanya aktiviti persatuan banyak memerlukan masa dan tenaga kita, especially bila nak handle program-program persatuan di universiti etc), dan masa berjalan (bagi saya personally, saya suka guna masa ketika dalam kenderaan untuk revision. mungkin pelik, tapi itulah saya). cuti panjang sebulan dan tiga bulan semasa winter, easter dan summer haruslah diguna sebaik mungkin. pengalaman sepanjang berada di UK, saya gemar untuk travel bila ada kelapangan, sekadar menikmati angin yang berbeza dari tempat sendiri, walaupun jaraknya hanya 30 minit dari rumah! ada juga pelajar lain yang mencari kerja part time etc. tetapi paling penting adalah untuk kita set priority apa yang penting dan apa yang tidak, agar keutamaan diberikan kepada yang sepatutnya. 


                                                            

berkaitan dengan travelling. pengurusan masa disini juga bermaksud untuk membeli tiket seawal mungkin, kalau boleh beberapa minggu/bulan sebelum mulanya perjalanan tersebut. disamping dapat menjimatkan duit (tiket yang dibeli in advance lebih murah berbanding tiket on the spot), kita juga boleh rancang masa in advance dengan lebih effective dan mengurangkan kejadian aktiviti yang bertindih antara satu sama lain. (oh ini perkara biasa, in the end, kita sendiri yang dilema). 


Keempat. Ukhuwwah sesama Muslims/Malaysians.


Bila berada di luar negara, kita berada jauh dari keluarga masing-masing (melainkan yang ada ahli keluarga yang menetap diperantauan juga). jadi, sahabat-sahabat kita inilah peneman suka duka kita. Jadikan peluang berada di perantauan ini untuk mix around dengan students yang lain. program-program berskala besar winter gatherings seperti RISE di UK dan PUISI di Ireland yang dianjurkan persatuan mahasiswa luar negara banyak memberi peluang untuk kita berukhuwah dengan students yang datangnya dari universiti yang berbeza. peluang inilah yang seharusnya kita rebut kerana, mana tahu, esok lusa kita sempat untuk visit mereka ditempat mereka. boleh jimat tumpang tidur disamping merapatkan ukhuwwah. :)


Kelima dan terakhir insya'allah. Try!

kelebihan berada di perantauan memberi peluang yang luas kepada kita untuk mencuba benda-benda baru. cubalah selagi mana ianya tidak bertentangan dengan fitrah dan ajaran Islam. carilah apa-apa sekalipun yang tidak mungkin/sukar didapati  di Malaysia. sepanjang berada di perantauan, saya suka mencuba sukan-sukan yang menarik yang jarang/sukar didapati di Malaysia seperti lacrosse dan fencing. sekurang-kurangnya pengalaman mencuba tersebut boleh memberi sesuatu insight walaupun kita mungkin tidak suka akan pengalaman tersebut. 


Mungkin sedikit sebanyak perkongsian ini dapat memberi gambaran tentang apa yang perlu/patut untuk sahabat-sahabat fikir-fikirkan sebaik saja menjejakkan kaki ke destinasi masing-masing. Kita perlu bijak menentukan apa yang baik dan apa yang tidak agar masa yang diluangkan sepanjang pengajian disana berbuah seranum-ranumnya dan tidak rasa menyesal bila balik nanti. 



p/s: pardon my language. (n_n")



Thursday, September 19, 2013

i'll never alone

they've brightened up my days
it was somber

though it's short among the shortest
it was worth the share
worth to remember

i was there alone
and they came

to cheer me up
to remind me
how to smile again

when it starts to bloom
they had to go far away

yet this is just the beginning
for a journey it will be

and i
need to be strong

to face the tide
to fit into everything