Alhamdulillah
Segala puji bagi Allah yang mencipta segala yang ada.
Kadang-kadang, bila dah banyak sangat kerja nak buat sampai tak tau nak mula dari mana, menulis blog adalah pilihan . Sebab? perlu distract diri dari stress-stress yang takkan pernah habis. Makin bertambah, adalah.
Pejam celik pejam celik, dah masuk bulan kedua. Laju betul tahun ni berlalu. Dua tahun dalam perkhidmatan, macam-macam dah belajar memgenai pengurusan dan hal-hal sekolah.
Ada hikmah di sebalik kejadian.
Tak lama lagi akan berlaku pertukaran jadual waktu disebabkan beberapa isu. Waktu bagi subjek Bahasa Inggeris dah dikurangkan dari 7 masa seminggu kepada 6 masa seminggu. Gembira? Boleh lah tapi bila dah dikurangkan, timbul pula isu baru. Tak cukup waktu mengajar.
Akibatnya?
Dapat kelas PJ untuk cukupkan waktu.
PJ. Mungkin boleh jadi kelas PE pulak, sebab mengajar dalam Bahasa Inggeris. Baru ada feeling international.
Takpelah. There's always a first time for everything.
But the good news is....
I got to teach handball! My first love since primary school.
He is the best planner of all. Allah tahu keupayaan kita. Kita diletakkan dalam apa-apa situasi sekalipun, adalah kerana kita mampu. Allah tahu apa yang kita tidak tahu.
Cantik sangat aturanNya. Subhanallah.
Siapa sangka, dalam keadaan guru-guru lain mengeluh kerana terpaksa mengajar subjek yang tiada kaitan dengan kelulusan yang ada dalam tangan, I have to say that I'm looking forward to teach PE to my students.
and also to have the feeling waking up in the morning, and there's no need to iron my baju kurung and wear formal attire. Blissful