Monday, August 1, 2011

WOW versi 2011


Ade orang kate, seluruh kehidupan seharian kita adalah tarbiyah terbaik untuk kita. Ape yang kita lakukan, ape yang berlaku dan yang adakalanya yang tak dijangka akan terjadi kadang kala merupakan yang terbaik untuk kita. Pengalaman menjadi AJK bagi pre-departure WOW sememangnya banyak mengajar erti kehidupan selain sebagai pelajar TESL luar negara semata-mata.
Pengalaman sesat hampir 5 jam, jualan yang tidak habis terjual,memandu lebih sejam untuk ke pre-departure yang satu lagi untuk bertemu junior yang bakal ke Kent, terpaksa skip ceramah bagi memberi perkhidmatan bagi yang memerlukan, yang mana kebanyakan masa sendirian terisi dengan muhasabah dan refleksi. Walaupun agak sedih kerana terpaksa melepaskan peluang menuntut ilmu yang mungkin sukar didapati secara live dan bukannya online, ada sahabat yang mengingatkan bahawa apa yang telah dilakukan mungkin lebih bermanfaat. Kita lebih terbuka untuk beramal dengan apa yang kita ada berbanding kita mengutip ilmu tapi mungkin tak sempat untuk beramal dengannya.
Percutian(specifically, WOW) ini juga berjaya mengeratkan ukhuwah sesama sahabat dan juga rakan-rakan junior. Mungkin sebelum ini kami tak pernah bersua(hanya berfacebook di alam maya), tak pernah makan bersama, tidur bersama dan berprogram bersama, tetapi atas dasar titik persamaan itulah yang memberi ruang untuk mengenali mereka dengan lebih mendalam.
Bila mana berkata tentang WOW, sememangnya akan teringat dan terngiang-ngiang saat diri menjadi peserta tahun sebelumnya. Walaupun ada bezanya antara menjadi peserta dan menjadi penggerak program, tapi disinilah aku lebih mengenal dan memahami diri dan agama dengan lebih baik. Disinilah titik tolak permulaan perubahan yang aku alami setelah bergelar pelajar luar negara. Ke arah yang lebih baik dan berterusan membuat kebaikan, itulah target aku sepanjang berada di perantauan dan apabila balik kelak.

In the end, WOW tetapppp…. WOW!