Thursday, April 19, 2012

kerana warna membezakan

luarnya keras
bujur bentuknya
pada kalian
mungkin tiada bezanya
namun isi didalam
penentu acuannya

bayangkan...
dalam menu seharian
jika yang kuning isi dalamnya
sedaplah dimakan beserta nasi lemak
tapi jika yang oren pula warnanya
pembuka selera si nasi kerabu

nampak perbezaannya?
meskipun sama pada luarannya
namun pada dasar didalam
itulah yang membezakan

yang akan menetas
bukanlah dua ekor yang serupa

namun telur tetap telur
jika tidak menetas
ke dalam perut manusialah
pengakhiran abadinya





No comments: