salam & hai
fuh fuh... dah berhabuk-habuk rupanya blog ni dari entry-entry membina/melayan perasaan =.= bukan tak de idea, tapi kesuntukan masa untuk menyusun kata (lagi-lagi dah jarang-jarang ada kat rumah, YB la katekan )
menaiki Jeep merentasi Wadi Rum
Benarlah, pepatah jauh perjalanan luas pemandangan itu ada betulnya. Hampir seminggu berjaulah ke Jordan banyak membuka mata hati dan minda. Ditambah pula suasana menyambut Ramadan yang jauh lebih meriah dan kesempatan menziarahi makam-makan para sahabat yang telah melakarkan sirah perjuangan Islam di bumi Jordan, dengan cuaca yang semestinya lebih panas dari UK dan Malaysia, sememangnya banyak perkara yang dapat dimuhasabah dan difikir-fikirkan bersama.
|
kawasan perang Yarmouk |
Ada orang lebih faham dengan mendengar, ada orang dengan melihat dan ada yang lebih mengingati dengan menyentuh sesuatu yang berkaitan. Ok itu dah masuk different types of learning styles. Nak tahu lebih lanjut boleh google-moogle. Bila kita dapat menyaksikan sesuatu yang bersejarah di depan mata, jelas terpancar satu perasaan yang sangat 'fuiyo' dan kagum yang sangat 'wow' dalam diri. (ok, sambil menyelam minum air, ter'promote' program Iluvislam pulak). Mana tak nya, tanah yang dipijak itulah suatu ketika dahulu pernah dilalui berbagai macam peristiwa. Sambil-sambil mendengar kisah para sahabat yang dimakamkan disitu, dapat juga saya refresh sirah yang selalu tertukar-tukar tu. (boleh klik
sini untuk maklumat lanjut siapakah para sahabat tersebut) Tanpa kehadiran para sahabat yang teguh nak menaikkan syiar Islam dimuka bumi, mana mungkin kita dapat lihat kesannya hingga ke hari ini. Kita muhasabah pula diri kita, kita hidup bersenang lenang dengan Islam sejak dari kita lahir. Apakah pula sumbangan kita untuk menyambung perjuangan mereka? Syurhabil bin Hasanah hingga ke penghujung usianya yang meninggal pada usia 60an tetap sanggup untuk tidak melepaskan jawatan kerana menghidapi taun Amwas semata-mata ingin meneruskan perjuangannya untuk menawan Al-Quds. Bagaimana pula dengan kita pemuda-pemudi yang masih sihat dan cergas ini?
Semasa menaiki bot di Aqaba yang berhampiran dengan sempadan Mesir dan Palestin (walaupun dalam peta dunia kata Israel, nak cakap Palestin jugak~), kami dapat juga update cerita tentang negara-negara Timur Tengah lain macam Palestin, Mesir dan Turki dari revolusi Arab Spring sampailah kejatuhan Turki Uthmaniyyah. Kestabilan sesuatu negara dapat dilihat dari cara pemerintahan kerajaan dan keadaan rakyat yang hidup dibawahnya. Kalau kerajaan itu menjalankan tanggungjawab mereka, mana mungkin rakyat mula memberontak kan? Itulah pentingnya bagi kita untuk menentukan kerajaan yang macam mana yang kita nak untuk menguruskan negara kita agar bebas dari sebarang penyelewengan dan memerintah negara berteraskan al-Quran dan sunnah.
|
Laut yang bersempadan Mesir, Israel dan Jordan |
Ramadan di Jordan, kami berpuasa dari pukul 4-ish pagi hingga ke 7-ish malam, dengan cuaca panas keringnya, sememangnya ia merupakan satu cabaran yang tervavom bagi kami. Kalau di UK kita berpuasa lebih lama berbanding di Jordan, namun kepanasan di Jordan lebih menyengat dan kering berbanding di UK, jadi secara tiba-tiba saya rasa sangat bersyukur kerana diberi peluang untuk merasa nikmat berpuasa di tempat-tempat yang berbeza putaran puasanya. Dengan pengalaman menarik ini, saya juga rasa sangat bersyukur dengan kesempatan yang diberikan untuk bertemu Ramadan kali ini. Andai kita tidak bertemu Ramadan kali ini, sudahkah kita bersedia dengan selengkapnya?
|
haiwan tunggangan di Petra |
Tiap kali beriftar, apa perkara pertama yang akan kita cari? Air. Kalau takde air macam mana? Confirm kehausan bagai nak rak. Semasa berada di Petra (nota: Petra sangat besar, tinggalan bangunan bergua zaman terdahulu yang sangat hebat tamadunnya, yang dikatakan adalah kaum Samud pada zaman nabi Saleh), kudrat berjalan kaki untuk meng'explore' kota lama itu agak terhad kerana cuaca yang sangat panas di kawasan berpasir, kami hanya mampu menahan nafsu tengok kedai-kedai yang menjual air sejuk... Kalau di UK, bil air pun dah disekalikan dengan bil rumah, jadi kita boleh pakai sebanyak mana air yang kita nak tanpa perlu risau bil yang perlu dibayar. Datang pula ke Ireland, air sememangnya percuma, jadi kebanyakan dari kita mungkin memandang remeh isu ketandusan air dan had penggunaannya. Sampai di Jordan, jelas menunjukkan negara itu memang terhad sumber airnya, jadi faham-faham la keperluan air disana macam mana, ditambah pula cuaca yang super panas lagi-lagi musim panas ni... Jadi secara tak langsung kesempatan berpuasa di Jordan ni banyak membuka mata untuk rasa lebih bersyukur dengan apa yang kita ada. Teringat juga kisah di Aqabah, kami beli berbotol-botol air bermacam perisa untuk dibawa pulang ke hotel seusai terawih kerana terlalu dehydrated sangat.
Sepanjang berjalan di mana-mana, saya belum pernah lagi jumpa hard core tourist guide yang sangat tabah menemani kami yang tak reti berbahasa Arab ni.. Schedule kami agak padat, kadang-kadang hari ni balik pukul 11 malam, esok pukul 3 pagi kena keluar balik. Personally, saya memang salute adik-adik ni.. bersabar je korang dengan kami kan :) Walaupun masing-masing baru je kenal, siapa sangka bila dah balik Kent balik, terus teringat rindu-rinduan pada adik-adik dan warga Jordan lain. :')
|
dari adik-adik yang teman kami sepanjang jalan Jordan |
Last but not least, satu perkara yang sangat-sangat tak dapat dilupakan sepanjang berada di Jordan ialah ke'best'an berterawih di sana. Almaklum, di Kent masjid takde la besar mana, dan agak jauh la jugak.. Kami di sini rata-rata berterawih bersama geng-geng yang tak balik (oh tapi itu juga merupakan satu pengalaman menarik). Di Jordan, masjid besar-besar belaka dan selesa. Terawih di sana setakat yang saya tahu hanya buat 8 rakaat sahaja. Dan pada rakaat terakhir witir, imam akan membaca doa qunut dan mendoakan keamanan bagi umat Islam di Syria, Rohingya dan tempat-tempat lain. Ada juga peristiwa menarik yang terjadi di masjid yang tak mungkin dapat dilupakan sampai bila-bila; yang mana kami terpaksa menyelinap masuk ke ruang solat perempuan melalui tingkap kerana pintu terkunci sejak semalamnya semata-mata untuk mengejar pahala berjemaah. (tak sempat nak panggil orang mintak kunci). :)
|
panorama dari Amman Citadel |
coretan ini hanyalah secebis dari apa yang saya dapat sepanjang berada di Jordan Ramadan ini. Banyak lagi yang tak terluah kerana terlalu 'oh my Allah' osemnya... Alhamdulillah dengan perancangan untuk ke Jordan yang boleh dikatakan sangat 'last minute', banyak yang dapat dipelajari dan diambil iktibar. Moga dengan pengalaman yang sedikit ini mampu mengubah perspektif saya tentang kehidupan dan Islam itu sendiri. Amin.