Salam dan hai~
Kalau diikutkan, ni baru pertama kali sambut Ramadan di UK (bajet macam dah lama sangat je duduk UK nye pun). Nak tambah lagi rasa syahdu, ini kali pertama berpuasa sorang-sorang kat rumah sampai lah raya, duduk jauh pulak tu dari keluarga nun di Malaysia. Ok touching sebentar.
Bezanya Ramadan kali ni dengan Ramadan sebelum-sebelum ni, memanglah tersangat berbeza. Juga sangat berbeza dengan musim-musim atau cuti-cuti yang lain juga. Nak tahu apa bendanya yang berbeza, teruskan pembacaan hingga ke hujung entry (ceh, bajet macam orang nak baca sangat )
Ramadan tahun ini dimulakan ketika mana saya bertugas untuk kejohanan sukan bertaraf antarabanagsa Olimpik. Sebagaimana yang telah diceritakan serba sedikit dalam entry sebelum-sebelum ini. Berkisar kisah Olimpik saya, saya rasa sangat beruntung dan bertuah kerana dapat colleagues dan team leader yang super memahami situasi kami-kami yang berpuasa. Shif paling paling lambat habis bagi saya pukul 9.30 malam. Tapi, disebabkan team leader saya sangat bermurah hati, setiap kali saya shif petang, pukul 5 atau 6 dah dilepaskan pulang supaya saya sempat berbuka di rumah. I lap u team leader~
Tugas saya sepanjang Olimpik baru-baru ini adalah menjaga tempat latihan bagi atlet-atlet fencing sebelum mereka 'bertarung' pada hari kejadian. Kekemasan dan kebersihan dan keselamatan semasa di gelanggang terletak dalam tanggungjawab kami, jadi for most of the time, kami jadi observer yang patuh akan setiap tingkah laku mereka (ini termasukkan hak untuk menegur jika ada yang tidak berpakaian lengkap sebelum berlatih.. plastron on, pleasee~)
Berbalik pada kisah Ramadan, pendapat saya pihak LOCOG sangat prihatin sebab banyak sediakan kemudahan bagi umat Islam yang berpuasa seperti kami ni, termasuklah 'quiet room' yang ditempah khas untuk Muslim solat berjemaah (siap tampal waktu solat lagi tu). Kalau bukan kerana Ramadan, sesiapa saja boleh menggunakan bilik tu. Makanan halal pun ada disediakan, walaupun saya rasa stok-stok untuk vegetarian je pun dah cukup sedap dimakan (^_^). Kemudahan-kemudahan yang disediakan sememangnya dapat 'cater' agama yang berbilang. Sebagai contoh, di Olympic Village dimana para atlet tinggal, ada disediakan 'services2' untuk agama Kristian, Buddha, Hindu dan solat bagi Muslim. (oh ya, tak percaya boleh tengok link ni sebagai bukti )
Tapi, Ramadan saya bukanlah hanya pada Olimpik je (walaupun hampir setengah bulan dok ulang alik sejam suku dari umah ke tempat kejadian) :). Sepanjang Olimpik, saya menumpang kasih di rumah member di London. At least, terubat la sikit rindu Malaysia bila ade jugak orang lain yang tak balik summer ni.. London dah jadi macam rumah kedua, barang-barang semua dah ada 'spare'. Sambil-sambil menumpang, banyak juga barang-barang carboot yang sempat dikumpul dan memandangkan lokasi rumah yang sangat strategik; dekat dengan Heathrow, saya sempat untuk menghantar senior-senior yang dah tamat pengajian di UK sebelum mereka berlepas pulang ke Malaysia. Dapat juga merasa pengalaman buat kuih raya walaupun for most of the time, saya jadi pemerhati dan tukang komen-komen je ~.~ (eh lupa, ade tolong-tolong makan dan balut-balut jugak). Walaupun kami berpuasa di perantauan, terawih tetap tak tinggal tau~ berbuka lebih kurang 9-ish dan sahur pula 2-ish, masa yang ada memang cukup-cukup terisi dengan terawih sesama kami, moreh sekejap dan sahur untuk puasa keesokan harinya.
Sejurus tamatnya shif Olimpik, saya menyambung Ramadan saya di Jordan bersama-sama beberapa sahabat yang lain pula. Menariknya kali ini, ada diantara kami yang baru saja berkenalan sambil-sambil berjaulah di bumi Anbiya' itu. Disana jugalah saya sempat bertemu dengan sahabat-sahabat yang sebelum ini hanya dikenali di alam maya (walau maju mana pun teknologi, method face-to-face juga yang paling bermakna). Berpuasa di bumi Jordan yang panas banyak mengajar saya erti Ramadan itu sendiri (ada saya nukilkan di entry sebelum ini, walaupun hanya seciput saja :P ).
Demikian serba sedikit pengalaman berpuasa di perantauan. Orang di Malaysia sibuk berasak-asak nak balik kampung untuk raya, kami disini bising-bising keliru tak tahu bila satu Syawal ~.~
Moga Ramadan kali ini membuahkan hasil ke arah perubahan yang lebih positif dalam diri. Sangat banyak yang dapat saya belajar dalam Ramadan kali ini jika nak dibandingkan Ramadan-Ramadan sebelumnya.
quick note: Selamat menyambut Syawal yang bakal menyusul beberapa hari lagi, Maaf zahir dan batin. Moga segala apa amalan kita di Ramadan ini dapat dipraktikkan juga di bulan-bulan yang lain (^_^)
Moga Ramadan kali ini membuahkan hasil ke arah perubahan yang lebih positif dalam diri. Sangat banyak yang dapat saya belajar dalam Ramadan kali ini jika nak dibandingkan Ramadan-Ramadan sebelumnya.
quick note: Selamat menyambut Syawal yang bakal menyusul beberapa hari lagi, Maaf zahir dan batin. Moga segala apa amalan kita di Ramadan ini dapat dipraktikkan juga di bulan-bulan yang lain (^_^)
2 comments:
Olympic sounds and seemed so Muslim friendly :) Wahh, Menarik dan cantiknya Jordan, pengalaman yg sgt mahal.hi :)
Nice sharing Ruff ^^
betul tu Akmar, masa mula2 start shif, first time makan kt dining hall, ada tanye org yg jaga line utk amik makanan pasal halal food, terus dia panggil ketua dia ngn rasa bersalah sbb xsediakan tmpt utk halal food, esok2 nye terus ada satu kaunter specific utk halal food... agak terharu gak la.. ^^
Akmar, kalau ade kesempatan, Jordan is a must place to go.. byk sgt tempat2 sejarah kat sane berkaitan ngn islam.. kat Jordan, budaya diorg adalah budaya Islam.. itu paling best :) i dunno why, but it actually reminds me of tanah haram...
Post a Comment