Bismillahirrahmanirrahim.
Rasa macam dah lama gile tak update proper writing (proper writing definisi saya: penceritaan, dan bukan dalam bentuk puitis, lagu etc)
Alhamdulillah, hari ni baru je lepas hantar assignment kedua untuk final year kat UK. Ye, ini baru kedua, dan ada beberapa lagi yang bakal dihantar bila tiba masanya nanti. Secara ringkasnya perjalanan hidup sebagai final year, tak cukup nafas nak kejar 'dateline' assignment.
Untuk bulan Januari sahaja, ada dalam 3,4 assignment yang saya kena hantar. Hampir seminggu satu assignment. Minggu pertama Januari, subjek EDE, 4000 patah perkataan. Tadi, 2500 patah perkataan untuk Literature Shakespeare Julius Caesar. Minggu depan, sepatutnya 2000 untuk first draft Chapter 3 dissertation, tapi supervisor saya baru berkesempatan untuk tengok Chapter 2 saya dan suruh saya edit Chapter 2 dulu. Minggu depannya lagi, kena hantar Investigating English sebanyak 2500 patah perkataan jugak. Sesak tak baca? Kalau baca pun dah sesak, apatah lagi yang kena buat ni ~.~ Allahu Rabbi, macam ni ke hidup pelajar akhir tahun (tapi next year baru saya officially final year students....)
Oh ya, berkenaan supervisor saya tadi, dia agak sukar untuk dihubungi kerana komitmen yang diperlukan untuk dia menjaga suami dia. Well, dengar cerita aritu Kevin cakap suami dia dalam keadaan kritikal penyakit kanser, wallahua'lam. Jadi saya tidak menyalahkan dia lambat reply email ke ape, cuma personally mungkin saya sendiri perlu push diri sendiri dan berusaha untuk ikut dateline. Allahu musta'an.
Masuk je sem baru tahun ni, saya rasa cara hidup saya sedikit berubah. Mungkin jugak terkesan dari assignment-assignment yang menggunung bukit tu, tapi yang pasti, gaya tidur saya dah tak sama macam dulu. Kalau sebelum-sebelum ni, paling lambat saya stay up hanyalah sampai pukul 2 pagi. Dapat pulak assignment kali ni, paling lambat saya stay up, sampai lepas subuh. Style tak? =.=
Kadang-kadang rasa bersalah jugak sebab langgar sunnatullah. Ye lah Allah jadikan malam untuk tidur dan siang untuk bekerja. Saya pulak? terbalik. Aha, tadi je lepas balik dari kelas sempat tidur dari pukul 5 sampai la pukul 10. Ni kes balas dendam ke ape tak tahu la. Tapi macam tu lah, since this year memang tahap buat kerja tu, sampai tak sempat nak tidur. Kalau hari cuti, lepas subuh boleh qada' tidur sampai ke Zuhur ke ape. Kalau ada kelas? pandai-pandai la cari masa sendiri >.<
Alhamdulillah ala kulli hal, dalam ketidaksempatan nak tidur malam sebab ke'busy'an menaip, membaca dan buat assignment, Allah permudah saya untuk lebih banyak beribadat. Bila dah tahap 'blur' sangat, saya selalu ulang-alik ke tandas, renew wudhu' dan kadang-kadang sempat tahajud dan qiam. Mungkin kalau pada hari-hari biasa, susah gile tahap dewa kalau nak bangun sebelum subuh, tapi ketika buat assignment tengah-tengah malam macam tu, Allah permudah untuk saya lakukan apa yang tak mampu saya nak buat hari-hari biasa. :) Macam yang pernah saya nukilkan sebelum ni,
(: "kemanisan dalam kepayahan, nikmat dalam kesusahan" :)