dalam kehidupan, kadang-kadang kita perlu berhenti sejenak, pause, dan reflect apa yang kita dah buat sehari-hari. adakah amalan yang kita lakukan itu memdekatkan kita kepada Sang Pencipta, atau makin jauh? dalam setiap tingkah laku kita, adakah ianya menyediakan kita untuk hadapi masa depan yang lebih mencabar? atau hanya mendatar, sekadar rutin harian saja?
kita kadang-kala leka dengan dunia kita sahaja. pergi kelas, habis kelas, balik rumah. pergi sekolah, balik sekolah, mengadap laptop sampai ke malam. tapi pernahkah kita lihat sekeliling kita? apa khabar orang disebelah sana? sihatkah orang disebelah sini? sudah berbungakah pokok yang tandus itu?
kenapa kita perlu muhasabah? kerana dengan itu kita tahu kekurangan sifat kita. demgan bermuhasabah dapat menutup kelopongan dengan cara kita perbaiki diri kita. perbaiki amalan kita. perbaiki hubungan kita. dengan sesama manusia. dengan Allah.
stop.pause.reflect.
No comments:
Post a Comment