Realitinya, dalam tarbiah seakan ada banyak fasa-fasanya.
Ada fasa ketika baru berkenalan, baru tahu apa itu tarbiah.
Satu fasa yang macam, "oh, baruuuuu aku tau benda ni aku kena buat!"
Ada fasa bila kita tengah semangat nak belajar semua benda yang berkaitan dakwah dan tarbiah. Sanggup habis tenaga dan duit ke program-program tanpa kenal erti lelah.
Ada fasa bila kita pulun habis-habisan nak tarbiahkan semua orang.
Buat program sana sini, urus usrah adik-adik dan macam-macam lagi
Ada fasa kita terjatuh futur, buat-buat futur ataupun tak perasan pun sebenarnya tengah futur (nauzubillah). Kesibukan kerja (macam sekarang ni), sampai usrah pun tak sempat nak pergi, buat-buat lupa program islamik sampai betul-betul tak pergi langsung, dan macam-macam alasan lagi.
Dan mungkin, ada juga satu fasa tu, fasa yang mana kita sedang futur, tapi jauh di dalam hati, kita mahu bangkit semula. Pada awalnya kita mahu lari dari tarbiah, tapi sekeliling kita menarik kita untuk kembali ditarbiah. Permasalahan disekeliling kita, membuatkan kita rindu untuk mencari 'kita' yang mula-mula ditarbiah dulu. Dan kita rindu masa-masa berada dalam lingkungan tarbiah itu.
Roda, akan sentiasa berpusing, mungkin seperti fasa-fasa ini juga.
Moga dapat kembali ke fasa awal-awal tu.