azan berkumandang
selang ketikanya
takbir dilaungkan
tegak dirinya
membaca yang wajib dan sunat
rukuk, iktidal dan seterusnya
dilakukan penuh tertib
tapi
adakah cukup sekadar itu?
hanya perbuatan tanpa pengamatan?
adakah dijamin
tiada berlakunya kemungkaran?
bersandarkan hati yang kosong
sekadar niat hanya untuk cukup syarat?
wallahualam...
5 comments:
betul..pernah juga tertanya..mengapa solat tapi masih melakukan kemungkaran...
jawabnya, setakat mana solat dan pengamatan..
nice one =)
yup... tq... masih jauh lg perjalanan untuk betul2 faham
i like this!siyesly~
thank you, nor... seriously~ huhu
Post a Comment