Monday, November 29, 2010

of poetry

tak ke pelik?
orang yang seringkali menitipkan kata-kata puitis sajak berirama
tak mampu menafsir nukilan orang lain?

baru perasan
blog ni memang kaya dengan sajak-sajak
yang mungkin merepek ayam dan mengarut parut
tapi, bila masa menganalisa poetry orang putih
rasa macam tak pernah mengerti langsung

jom perkasakan bahasa!
mari perbanyakkan vocab!
perhaluskan pemikiran~

Saturday, November 27, 2010

it just came out

sometimes
when life gets tough
we just simply quit

but we never stops
when we're achieving success

does that makes sense?
of life is never ends

of quitting and achieving

but have we ever thought of
for whom we're succeeding for
and the reasons why
we almost failed

it is a test
to show our devotion
to show how we
hold onto our faith
how hopeless we are
without His mercy

p/s: okay, i'm crapping now... penangan esaimen, mungkin sekali*

Saturday, November 20, 2010

desolation

kadang
sukar untuk kita luahkan
perasaan dihati
yang mampu hanyalah
tangisan tanpa kata

kadang
kulihat sekeliling
indah, damai, tenang
tapi taufan dihati
tak mampu menyuara kata
berkongsi sebaiknya

sahabat
dimanakah kau bilaku perlukan
dekat tapi jauh
rapat tapi tidak
sehati tapi tidak serasi

Allah
tetapkanlah hatiku
agar tabah seadanya
agar kuat sentiasa
untukku terus bertahan

Thursday, November 18, 2010

tabahlah wahai hati

pengalaman mendewasakan kita
mengajar susah senang berkehidupan
menguji tahap rasional
keimanan dan perasaan

keperitan hidup
menguji kita
adakah kita bergantung padaNya
hanya disaat susah?
adakah kita benar-benar
menghargai kesusahan itu?

bila kita bersenang gembira
ingatilah kesilapan lalu
seraya berkata

"oh, saya pernah harungi semua itu. dan tanpa pertolongan Allah yang Maha Esa, tak mungkin saya mampu berdiri seperti sekarang"


p/s: Allah menurunkan musibah kerana ada hikmah yang lebih baik bagi kita. Berdoalah agar kita tabah menempuh musibah kerana Allah lebih mengetahui. Insya'allah

Sunday, November 14, 2010

pencarian

the journey has just begun
there's lot more to learn
lots more to ponder upon
endless to grab and practise with
just to get near Him


ilmu Allah itu luas
takkan habis dipelajari
walau sepanjang hayat

slow but steady
consistency is what I need
Istiqamah
itu yang aku perlukan

Saturday, November 13, 2010

self

makin lama kat bumi UK ni, macam2 benda baru perasan. macam2 benda baru tau. baru tersedar diri pun dah banyak berubah. baik luaran mahupun dalaman. hati rasa tenteram, tapi pada masa sama rasa serba tak lengkap.

adakah ini homesick?
adakah ini culture shock?
ataupun aku yang masih meng'adjust' diri?

kawan,
dekat tapi jauh
rapat tapi tidak

Friday, November 12, 2010

menjadi diriku



MENJADI DIRIKU- EdCoustic

Tak seperti bintang di langit
Tak seperti indah pelangi
Karena diriku bukanlah mereka
Ku apa adanya
Dan wajahku memang begini
Sikapku jelas tak sempurna
Ku akui ku bukanlah mereka
Ku apa adanya
Menjadi diriku
Dengan segala kekurangan
Menjadi diriku
Atas kelebihanku.......
Terimalah aku
Seperti apa adanya
Aku hanya insan biasa
Ku pun tak sempurna
Tetap ku bangga
Atas apa yang ku punya
Setiap waktu ku nikmati
Anugerah hidup yang ku miliki

p/s: adakah aku mampu harungi semuanya?

Friday, November 5, 2010

i see the light

without them
i wouldn't be like now
wouldn't chase the knowledge
the sharing that they held

without them
i may still lost
lost of finding my own
of my faith and belief

Oh Allah
I praised You
for giving me the chance
to meet such loving sisters
that helped me through
to find myself
inside and out

Wednesday, November 3, 2010

ini satu permulaan

kini
dibumi asing
kondisi berbeza
adat bagai langit dan bumi
Islam adalah minoriti

tapi disinilah
peluang terbuka luas
hanya perlu pilih dan serta
menyingkap segala yang tertinggal
yang tak pernah dihargai
yang pernah diabaikan

inilah perjalananku
meniti ilmu yang terbentang
yang lama tak terpahat
yang baru tak tercatat

masih banyak perlu dikaji
agar diri tidak terpedaya
agar tidak mudah percaya
dengan desas desus yang menipu

ya Allah
kritiskan mindaku
perhalusi fikiranku
kuatkan daya ingatanku
agar segala yang dipelajari
kekal untul diamalkan
dan tepat untuk disampaikan

Tuesday, November 2, 2010

PERGH edisi London

salam and hi

selesai sudah reading week yang lebih banyak dihabiskan dengan berjalan2 menikmati keindahan alam. reading tetap reading... pusing pusing canterbury, weekends pulak pergi PERGH! mmg PERGHHH!!!~

PERGH stands for Professional Muslims Retreat in GB... bertempat di Imperial College, London ( tempat gempak punyer~) sehari suntuk kami bermarathon dengar ceramah ustaz Aminuraasyid Yatiban dari Dundee(kalo xsilap).. letih tu, letih jugak, tapi letih yang bermanfaat, insya'allah~

saya bukanlah orang yang pandai mengulas balik isi2 pengisian ni.. jadi, segala apa yang dicoretkan hanyalah dari sudut pandangan saya yang masih merangkak-rangkak dan perlahan-lahan menyerap segala input *ala-ala sponge serap air*

pada pandangan kalian, ape yang anda faham tentang profesional? doktor2 yang hensem mensem? engineer2 yang pandai2? arkitek2 yang hebat lagi mantop?

profesional disini yang dimaksudkan lebih kepada pencapaian atau tahap kita pada seuatu standard.. adakah kita sudah mencapai standard itu? secara spesifik, adakah kita benar2 sudah mencapai standard sebagai seorang Muslim profesional?





the greatest asset of being a true muslim is the Akidah Islamiyyah.. akidah yakni kepercayaan yang tersimpul teguh dalam hati, jiwa dan pemikiran yang membolehkan kehidupan kita lebih terarah dan terpimpin... jauh sekali dari terpesong.. kan bagus kalau kita tau, jalan yang kita pilih ni, straight jer.. xde bengkang bengkok...

"Tidak ada paksa dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh, yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. " (Al-Baqarah, ayat 256)

antara keempat-empat sesi, sesi yang paling akhir merupakan sesi yang paling terkesan sekali kot. sebab ape? sebab da nak habis? sebab nak jalan2? sebab dah xlarat nak dengar ceramah lagi? haaaa... sebab suka hati saya laaa~

aha... jawapannye.... sebab tajuk topik tu pun dah agak best! "yakin Islam pasti menang"... haa.... sape yang taknak Islam bangkit balik kan.. lagi2 time akhir zaman macam sekarang ni... alangkah indahnya kalau iqamatudden atau dalam kata lain, menegakkan atau meletakkan agama Allah dalam semua perkara, dapat dipraktikkan kembali~ kan ker best camtuh? Islam is the way of life, bukan sekadar puasa, solat 5 waktu and zakat semata2.. saya bagi contoh Malaysia, memang diiktiraf negara Islam.. tapi, adakah umat Islam seluruhnya mengamalkan Islam yang sebenar? kalau betul umat mengamalkan ajaran Islam yang betul, kenapa kes2 buang bayi luar nikah, zina, rata2 orang Melayu,?? adekah islam mereka hanya pada IC semata2? *erk, ter'emo' pula*

okeh, back to the topic. kalau dulu kita lihat betapa hebatnya umat zaman kegemilangan Islam sanggup berjihad untuk menyebarkan agama, apa pulak peranan kita sebagai umat akhir zaman ni untuk berusaha sebarkan pada orang-orang sekaliling kita?



haaaa... kat sini ada diterangkan beberapa langkah yang boleh kita mulakan dari sekarang.. ye, sekarang.... cepat2! jangan tertinggal kat belakang... jom semua join amalkannya~

step 1:
TAUBAT
- proses kita kembali kepada Allah,

step 2:
TOGETHERNESS (kebersamaan)
-xde orang yang mampu untuk berdiri sorang2. Nabi berjuang secara berjemaah dan bukan sorang2.. ade ke dia gi perang sorang2? tak kan? dia berjuang bersama2 orang2 mukmin yang punyai tujaun yang sama, iatu ingin menegakkan agama Allah.. dalam konteks kita pulak, kita boleh ajak ramai kawan2 untuk solat berjemaaah, berusrah dan berdiskusi hal agama ke... banyak kepala so banyak idea boleh dapat... secara tak langsung, kita dapat tarik lagi ramai orang untuk lebih aware tentang perkembangan Islam semasa.. x gitu?

step 3:
KNOWLEDGE
-ilmu Allah terbentang luas.. tinggal kita hambanya je yang nak kena grab ilmu yang ada tu. seek for the knowledge. macam mana nak cari? selalu2 la geng2 dengan orang2 yang pandai agama ke, selalu buat tadabbur ke, bahan bacaan, berlambak je kot kat kedai2... tinggal pilih, dan baca.. dan amalkan apa yang dipelajari, itu yang penting.

step 4:
ITQAN (bersungguh-sungguh/serius)
-bila kita nak pastikan Islam naik kembali, kena la serius kan... benda takkan jadi kalau kita main-main. dah serius tu,sentiasa lah beristiqamah, jangan lah bermusim pulak ikut mood.. hari ni serius, esok main-main.. xkan jadi kalau macam tu..

step 5:
MUHASABAH
-renungkan apa sumbangan kita hari ni untuk Islam.
-adakah amalan kita hari ni agak2nye, banyak dosa ke banyak pahala? adakah kita puas hati dengan pencapaian kita hari ni?
renungkan tenungkan dan refleksi diri....

eh, da habis laaa slot pengisian~ haaa... habis slot, bepusu2lah kami ke Finsbury Park, dekat2 Arsenal gitu... tido semalam di masjid pun 1 pengalaman menarik... apatah lagi semua pun bergelimpangan tido di segenap pelosok ruang dengan sleeping bag masing2... bukan senang tau nak ada pengalaman ni.. kalau kat malaysia, pandang masjid tu xpernah la plak kan nak tumpang tido kat situ.. ke ade yang pernah? *sape pernah angkat kaki*

keesokan hari, meronda2 london sampai lenjun kena hujan dan akhirnya makan di MSD... dan disitulah pertemuan terakhir bagi rata2 peserta PERGH edisi pertama...



p/s: ini hanyalah dari pandangan saya, berbekalkan daya ingatan yang kurang nak ingat dan nota yang tak seberapa, jadi ini lah menu yang mampu saya sajikan.. andai ada tersalah fakta mahupun auta, jangan segan dan cepat2 la betulkan agar tak jadi ajaran sesat pulak nanti....

walahualam.