Thursday, November 18, 2010

tabahlah wahai hati

pengalaman mendewasakan kita
mengajar susah senang berkehidupan
menguji tahap rasional
keimanan dan perasaan

keperitan hidup
menguji kita
adakah kita bergantung padaNya
hanya disaat susah?
adakah kita benar-benar
menghargai kesusahan itu?

bila kita bersenang gembira
ingatilah kesilapan lalu
seraya berkata

"oh, saya pernah harungi semua itu. dan tanpa pertolongan Allah yang Maha Esa, tak mungkin saya mampu berdiri seperti sekarang"


p/s: Allah menurunkan musibah kerana ada hikmah yang lebih baik bagi kita. Berdoalah agar kita tabah menempuh musibah kerana Allah lebih mengetahui. Insya'allah

2 comments:

atikullah ismail™ said...

moga diberi kekuatan dan rahmat dari Allah...salam aidil adha =)

FaraLavida said...

slamat ari raya aidil adha..
dlm hdup ni kte musti tabah sbb stiap jalan yg kta plih mesti ada hikmah dsebaliknya..cket taun je agy ko kat sana.. huhu=) ak fham prasaan ko..