Dugaan dan cabaran
Takkan lekang dari diari
Dalam kehidupan sementara ini
hari ini kita bersorak gembira
Kerana kejayaan terukir
Tapi esok menangis teresak
kerana gagal mencapai matlamat
perjuangan
takkan selesai hingga ke akhir kalam
takkan terhenti di tengah jalan
selagi hayat masih bernyawa
teruskan berjuang wahai jundullah
jangan gusar sahabatku
jika sukar yang kau hadapi
masih ramai yang ingin membantu
sebarisan saf menanti diimamkan
sejentera pahlawan tersedia ke medan perang
yakinlah pada janji-janjiNya
biar kini kita bersusah payah
kelak akan bahagia abadi
No comments:
Post a Comment