Monday, March 11, 2013

melencong ke coventry (lagi)

bismillahirrahmanirrahim

saya suka berjalan, lawat rumah kawan, lepak-lepak.
sebab bila lepak-lepak dengan orang yang jarang-jarang kita jumpa,
macam-macam benda kita boleh dapat.

betul, teknologi memang lagi memudahkan zaman sekarang ni
kita boleh skype, boleh oovoo memanjang
tanpa perlu nak pergi jumpa orang tu pun

tapi, takkan sama perasaan ber'skype' tu
dengan perasaan bila mata bertentang mata, lutut bertemu lutut
sebab bila ber'skype' kita hanya nampak sebahagian characters seseorang tu
tapi bila berada bersama-sama mereka, kita nampak the bigger picture
the way they handle things, the way they reacts and others
yang kadang-kadang takkan terserlah bila dihadapan komputer

weekend baru ni saya ada join daurah baitul muslim (jangan ingat saya dah gatal sangat nak kahwin)
sebab pada saya persediaan itu penting, sebab perkahwinan tu kan permulaan kehidupan yang baru.
analogi disini, kita nak exam esok, tapi takkan la dah dapat kertas exam depan mata baru nak study kan?
teringat seorang senior ni pernah cakap, ni anak dah keluar (baca: lahir) tapi apa yang kita nak buat dengan anak ni? takkan bagi makan, tukar lampin je?.... hehehe.. points to ponder

satu point yang sangat abg jo tekankan dalam daurah
kita kena betulkan mindset kita yang perkahwinan ni adalah tools untuk kita sampai dan dekat dengan Allah
dan bukannya matlamat utama seluruh kehidupan kita untuk berkahwin dan berkeluarga semata-mata
jadi dalam apa-apa sekalipun yang kita buat, segalanya kena berbalik pada Dia yang Maha Agung
kerana kita nak masuk syurgaNya dengan rahmatNya, dan bukan pada menggunungnya aktiviti dakwah yang kita buat sepanjang hidup kita
mungkin kita boleh juga reflect, muhasabah dan fikir balik, kenapa atau apa tujuan sebenar kita buat sesuatu program. is it only for the sake of making things happen or is it something beyond that?

hikmah disebalik kena tinggal bas dan akhirnya jadi lone ranger wakil canterbury ke daurah tu, saya rasa bersyukur sebab pilih untuk sampai juga ke coventry dan dapat sesuatu yang sangat meaningful untuk dibawa pulang. dapat berusrah dalam train dengan sahabat saya yg sorang ni. dapat jumpa dengan kawan-kawan dari luar canterbury pun satu perkara yang sangat-sangat saya hargai sebab tak tahu bila lagi kita akan jumpa lepas ni. walaupun bila balik canterbury akhirnya demam-demam sebab perubahan cuaca yang tiba-tiba snow balik :)







No comments: