Monday, May 6, 2013

kalah ini bukan pengakhiran

wahai anakku,
Janganlah kamu bersedih di atas kekalahan ini, kerana ia adalah keringanan bebananmu di akhirat. Kekalahan sementara di dunia banyak air mata yang tumpah, banyak hati yang bersedih dan banyak jiwa yang menderita, namun semua ringihan, air mata dan kesedihan ada nilaiannya di akhirat seandainya kamu redha dengan ketentuanNya.

Wahai anakku,
Ingatlah akan firman Allah di dalam hadis Qudsi, mafhumnya " Sesiapa yang tidak redha dengan ketentuanku, dan tidak sabar di atas ujianku dan tidak bersyukur di atas nikmatKu, maka carilah Tuhan yang lain dariKu". Kerana itu wahai anakku, kita tidak punyai Tuhan yang lain selain Allah. Dia yang menentu kebaikan bagimu. Janganlah kerana sedikitnya ilmu yang ada pada kita, menyebabkan kita berdukacita di atas keputusan ini. 

Wahai anakku,
Tidak salah kamu menangisi, bersedih dan kecewa kerana itu adalah fitrah manusia. Namun janganlah perasaan itu merosakkan hatimu sehingga syaitan berjaya merosakkan jiwamu. Ucaplah " telah ditaqdirkan oleh Allah, apa-apa yang dikehendakiNya, dan kami redha dengan ketentuan!u wahai Allah".

Alangkah hebatnya perjuangan ini, bilamana kita berhadapan dengannya secara langsung. Banyak pengorbanan yang kita lakukan, apa yang diharap agar Allah menerima pengorbanan tersebut. Wahai anakku,
Kejayaan sebenar kita bilamana Allah menerima segala pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit kita sehingga ia menjadi tebusan diri kita di hadapan Allah di akhirat.

Wahai anakku,
Perjalanan masih jauh, perjuangan masih panjang yang memerlukan tenagamu. Ambillah sedikit masa untuk rehat seketika, lalu bangunlah dengan penuh ketabahan bagi meneruskan perjuangan ini. Kamu tidak perlu menyalahkan diri di atas keputusan yang kamu tidak sukai, kerana itu helah syaitan untuk merosakkan jiwamu. Jangan kamu salahkan dirimu atau orang lain, kerana kita hanya pelaksana apa yang Allah perintahkan. Ingatlah firman Allah " bukanlah kewajipan kamu (ya Muhamad S.A.W ) memberi hidayah kepada manusia, Allahlah yang memberi hidayah kepada sesiapa yang Dia kehendaki".

Wahai anakku,
Teruskan kerja Islam ini sehingga Allah beri kemenangan sebenar dihadapanNya nanti atau kamu mengadapnya dalam keadaan kamu masih istiqamah di atas jalanNya.

Ya Allah, ampunilah dosaku dan dosa semua petugas yang telah bertungkus lumus berjuang bagi memenangkan perjuangan ini. Ya Allah, andainya ada sedikit belas kasihanmu pada kami, maaflah kesilapan kami, am
Unilah dosa mereka yang membenci kami, dan. Erilah petunjukmu kepada mereka dan kepada kami.

Salam perjuangan buat semua yang disayangi.....
Senyumlah kerana kamu masih ada Allah yang menyanyagimu.


kredit: Tuan Ibrahim Tuan Man

No comments: