Bak kata abg Idham (mantan Penghulu Keluarga Soton) , "Pendidikan anak-anak, tidak hanya tertumpu kepada ibu bapa atau mereka yang telah berkeluarga. Ianya bermula awal. Sebelum berkahwin. Bahkan seawal sebelum mengenali pasangan. Ianya bakal mencorak pemilihan pasangan dan pembentukan keluarga."
Berikut adalah nota yang sempat disalin. Sangat ringkas. Mohon maaf kalau tak clear. Saya dah post di status saya, tapi saya copy kembali untuk rujukan pada masa yang akan datang.
PENDIDIKAN AQIDAH
- Sebenarnya tugas mendidik ni tugas Ketua Keluarga. Dalam alQuran,banyak Contoh pendidik dalam keluarga adalah dalam kalangan lelaki atau bapa,contohnya Luqman Hakim,tetapi kenapa kita selalu serahkan tugas mendidik 100% kepada golongan ibu?
- Jangan kenali bakal pasangan sekadar 'virtual existense' yakni melalui FB. Hanya rasa dia ni hebat sebab suka post status berdegar-degar. Perlu ada langkah-langkah yang mesti dilalui
- Kita mesti didik anak kita mengikut kesesuaian zaman mereka.
- Kita mesti jadikan anak kita sebagai LEADER,bukan follower. Kita selalu kata 'Kalau abah kata macam ni,kena ikut macam ni',dengan itu kita hasilkan follower dan bukan LEADER.
- Perasan tak masa anak-anak umur 3-4 tahun,mereka kenal doraemon,superman,spiderman dan berapa-berapa hero. Umur sewaktu ini mereka senang dekat dengan watak-watak hero. Tapi kita tak ajar anak kita dengan syahadah,zikir-zikir, Asmaul Husna dan tentang Rasulullah SAW.sebab kita rasa mereka ni kecil lagi. RUGI.
- Kita kenalkan anak-anak kita tentang Allah bila nak marah pada anak-anak kita. Contoh 'Jangan buat tu!!Nanti Allah marah,masuk neraka'. Maknanya kita kenalkan kepada mereka Tuhan itu garang,BUKAN DENGAN CINTA
- Kita selalu aim hantar anak kita ke sekolah setakat nak mereka pandai baca dan mengira,tapi kita kena pupukkan tujuan untuk membina generasi pemikir (ulul albab). Jadi,kita ubah mindset kita untuk kita lahirkan pemikir.
- Dalam kajian yang telah dikeluarkan oleh Guardian, sebenarnya anak yang kita kenal semasa umur 17 tahun atau belasan tahun, sebenarnya disebabkan oleh apa yang diterapkan semasa umur 4-5 tahun. Sebab itu pembinaan aqidah dan intelektual mesti diterapkan sewaktu umur itu.
PENDIDIKAN SOSIAL
- Kita sebenarnya patut didik anak kita 'its okay to be different(ghuraba')' supaya mereka tidak senang-senang terikut rakan sebaya mereka.
- Dalam pembinaan sosial, saya selalu terapkan konsep GENDER ROLE, supaya anak sulung sebagai orang yang incharge adik beradik, yang LELAKI sebagai pelindung adik beradik dan ibu.
- Hubungan ayah dan anak perempuan sangat penting. Sebab anak perempuan akan ada keyakinan diri yang tinggi dan ada jati diri yang teguh sekiranya hubungan mereka baik. Hubungan anak perempuan dengan lelaki lain,akan terjaga. Jangan kita rendah-rendahkan anak perempuan kita.
- Rasulullah SAW bersabda,"Tiada pemberian yang lebih utama yang diberikan seorang ayah kepada anaknya daripada akhlaq yang baik"-Riwayat Tirmidhi.
- Info tambahan : banyak hadis menyatakan hubungan AYAH dan anak-anak dalam pendidikan anak-anak. tak banyak tentang hubungan ibu dan anak-anak.
- Babies ni adalah social-being, mereka tahu apa yang berlaku. Sekiranya kita tak bagi perhatian kepada mereka, emosi mereka akan terganggu. Mereka akan tengok gerak tubuh, face expression,suara dan perkataan secara attachment. Mereka akan belajar daripada apa yang mereka lalui daripada mereka baby lagi.
- we have to know content apa yang anak kita baca, dengar, tengok. Tu adalah tanggungjawab mereka. Apa yang mereka terima akan membentuk mereka walaupun kartun! info tambahan : kartun simpson pun tak sesuai untuk ditonton.
- Kita kena berikan TANGGUNGJAWAB kepada anak-anak. Biarkan mereka tolong setelah mereka offer. Supaya mereka rasa BELONG TO THE FAMILY. Dengan ini, kita boleh menangkis anasir-anasir moral.
- Kita perlu elak DESENSITISATION (nyah-sensitiviti) yang terdiri daripada 3 kategori iaitu emosi,keganasan dan seksual. - Kita kena against penyebaran gambar-gambar ngeri dibunuh.kita tak ada perasaan bila tengok kanak-kanak Syria, Palestin dibunuh dengan ngeri sebab kita selalu tengok di FB. - elakkan untuk tengok benda-benda ganas, supaya mereka tak anggap keganasan itu biasa.
- Sekiranya mereka salah, tegur dan beritahu KENAPA MEREKA SALAH supaya dapat melatih mereka supaya mereka boleh ikut rutin yg mereka telah tetapkan. Sekiranya mereka ikut dan patuh, berikan ganjaran dan pujian, kita juga boleh denda atas tindakan yang salah dengan jelas,tegas dan pantas.Ibu bapa perlu bekerjasama dan sayangkan anak, hanya marahkan sikap. Kita juga perlu ingat IBU BAPA ADALAH BOSS,jangan jadikan anak tuan kita.
- Kenali bayi anda; perlu tahu 'milestone' perkembangan bayi.
- perlu tahu perkembangan penyakit baru-development disorder
- Gaya Hidup (aktif dan berani, bersifat lelaki/wanit sejati)
- Latih mereka supaya tak cepat giveup dan putus asa.
- jangan larutkan mereka dalam kemewahan supaya mereka boleh hidup berdikari.
- Pendidikan Seks sering menjadi taboo dalam masyarakat disebabkan imej 'seks' yang disalahfahamkan oleh media barat, namun sebenarnya pendidikan seks perlu diterapkan daripada bayi lagi. Pendidikan seks memang relevan dalam silibus.
- Awal (0-6 Tahun)- anak-anak perlu jelas perbezaan antara lelaki dan perempuan dari segi Biologi, supaya kita boleh terapkan perasaan malu bila bertembungan berlainan jantina.
- Tamyiz (7-10 tahun) - Dalam usia ni perlu mention konsep kebersihan / bersuci. -Waktu ni,anak-anak perlu tahu bezakan jenis-jenis sentuhan yang appropriate/unappropriate.Supaya anak-anak tahu sekiranya ada orang buat perkara tak baik kepada mereka.-Adab meminta izin dalam masa-masa tertentu(dalam surah Annur : 58-59)-Perkenalkan tentang haid kepada anak-anak.
- Muharaqah (10-14 tahun) - Dalam umur ni, anak-anak dah mula menjadi 'reserve' dan malu untuk bercerita dengan ibubapa walaupun banyak persoalan dalam kepala mereka. Jadi ibubapa kena banyak mainkan peranan dalam menjawab persoalan mereka.- Asingkan tempat tidur (berdasarkan hadith, penting!)- Ceritakan berkenaan dengan haid/akil baligh kepada anak-anak supaya mereka tak perlukan cari orang lain untuk bercerita.- Pertahankan tentang aurat dan tundukkan pandangan.
- Baligh (14-16 ke atas)- Terangkan konsep perkahwinan.
- Tanggungjawab ibu bapa dalam Pendidikan Seks:
- KOMUNIKASI - perlu trigger anak anda untuk selalu bertanya. Jangan sekat anak-anak kita daripada bertanya,supaya kita boleh jadi pusat rujukan anak-anak kita.- jawapan kepada persoalan anak-anak kita bergantung kepada usia anak, peribadi dan kefahaman mereka. - Galakkan mereka bercerita apa yang mereka lalui.
- ROLE MODEL JANTINA- Sekiranya kita nampak anak-anak kita bermasalah, almost 99% daripada mereka adalah CERMINAN kita.
- KAWAL PERSEKITARAN- Perlu ada parenting-block software untuk kawal apa yang mereka access di internet- Kita perlu lebih terkehadapan dari segi IT. Kalau anak-anak kita advance daripada segi Youtube @ FB @ Twitter, kita LAGI PERLU LEBIH ADVANCE.-perlu KENAL KAWAN ANAK-ANAK kita.- Boleh bagi access, tapi DO's and DONT's list.
- Kita perlu dididik dengan RULES daripada kecil lagi. Jangan kita lihat RULES sebagai KEJAM, tetapi ianya membataskan kita dari semua sudut. Bila kita dah biasa dengan RULES, kita akan senang untuk patuh pada peraturan.
- Dalam Islam, kita TAK ADA konsep REMAJA, hanya ada konsep KANAK-KANAK SEBELUM BALIGH dan DEWASA BALIGH. Konsep REMAJA hanya diperkenalkan oleh barat untuk terma 'enjoy'. Kerana itu, hidup kita memang sentiasa ada tanggungjawab.
*Kredit*
Penceramah: Kak Fidah & Abang Q (postgrad London)
Lokasi: Southampton University
Tarikh: 10 March 2013
Note taker: Amalina Zulkiflee
No comments:
Post a Comment