dugaan datang pelbagai cara pelbagai arah
adanya untuk mengingatkan hambaNya yang alpa
datangnya bagi menyedarkan mereka yang terleka
mungkin Allah ingin ketuk tahap keimanan kita
tegarkah kita menanganinya dengan sabar
atau makin hanyut menurut arus
tatkala aku terfikir
ujianku tidak seberat mana
tidak sedahsyat mereka yang lain
apatah lagi seberat yang belum mampu dipikul
Allah sampaikan teguran melalui sekeliling kita
agar kita tersedar, lihat diri dan muhasabah
sejauh mana kita menurut perintahNya
sejauh mana kita memaknakan amal kita
amal yang benar datangnya dari hati
dari hati yang benar-benar ikhlas
yang menghambakan diri kepada Sang Pencipta
dan bukan bertuhankan nafsu
benar kata mereka
hati yang dipenuhi rasa kecintaan kepadaNya
takkan mungkin dimasuki kekotoran
dan hanya kita yang mampu menilai
pilihan mana yang kita mahu
No comments:
Post a Comment