Monday, January 20, 2014

mendidik bukan sahaja mengajar

guru-guru
jagalah kata-katamu
kerana ia adalah doa

jagalah akhlakmu
kerana kamu adalah contoh

bersabarlah dengan ragam manusia
kerana tiada yang sempurna

didiklah anak muridmu
bagai mewarnakan kain putih
penuh teliti dan hati-hati
agar tidak rosak kemurnian jiwanya

mereka juga manusia
bukan robot yang boleh diaturcara
usah diherdik jika mereka tersilap bicara
kerana dengan kesilapan mereka belajar
dengan kesilapan mereka dewasa
maka tegurlah dengan kasih sayang

kerana kami
guru-guru pelatih
turut belajar dari guru-guru sebelum kami




No comments: