Saturday, March 1, 2014

usah berhenti menuntut ilmu

jangan disangka ilmumu tinggi melangit
kerana ilmuNya takkan pernah habis diteroka

jangan engkau riak dengan kefaqihan yang dinikmati
kerana bila-bila masa Dia boleh menariknya kembali

jangan pernah puas mencari redhaNya
kerana segalanya takkan pernah cukup

tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad
kerana dengan ilmu kita selamat
dengan ilmu kita mampu berlindung
dari fitnah dajjal dan seantaranya

amalkannya dengan penuh yakin
ajarkanlah kepada yang lain
kerana dengan amalan itulah
mungkin menjadi asbab untuk ke syurgaNya

No comments: