Thursday, March 20, 2014

sedarlah wahai diri

Allah turunkan musibah
supaya kita tahu
yang Dia rindukan rintihan kita

kadang kala
Allah bayar 'cash'
untuk kita tersentak
dan sedar kesilapan kita

manusia
sering kalah dengan nafsu sendiri
sering alpa tujuan hidup dicipta
sering leka dengan nikmat duniawi

kuatkan iltizam untuk berubah
biar tersungkur beribu kali
jangan mengalah dan bangkit semula

kerana itu adalah mujahadah
itu petanda azam yang kuat
untuk menjadi lebih baik
biar diiringi niat keranaNya





No comments: