Saturday, July 25, 2015

proses kematangan

"Cikgu, kami masih kena pakai tag nama pengawas percubaan lagi ke?" tanya seorang pelajar mewakili pengawas-pengawas baru yang dilantik siang tadinya.

"Pendapat saya, gantung di satu tempat yang kamu selalu nampak. Dalam locker, depan cermin, atau mana-mana saja yang mudah untuk kamu lihat. Setiap kali hendak keluar dari dorm, ingat permulaan kamu. Ingat zaman-zaman kamu dimaki dimarah bilamana kerja yang ditugaskan kepada kamu tidak menjadi. Ingat masa-masa kamu down sebab tersilap buat penilaian dan perbuatan. Ingat masa-masa kamu tak tahu apa-apa, yang pada masa tu lah kamu belajar untuk buat itu, buat ini. Ingat, sebab bila kamu dah berada diatas, kamu kena sentiasa muhasabah dan ingat bagaimana kamu berjaya capai tahap kamu sekarang, kalau bukan dengan bermulanya sebagai pengawas percubaan. There's always a first time for everything and everything begins from nothing".

Sama-sama kita belajar untuk mematangkan diri setelah diberi kepercayaan. 

1 comment:

sakina said...

Betul. Kadang2 pengalaman pahit yang lebih mematangkan kita. Kerana kita tahu dan nampak kesan buruk disebalik tindakan yang kita ambil.