Monday, July 30, 2018

Beramallah, walau secebis cuma

Hari ini
seorang kakak menegurku di pejabat
katanya, dia berjumpa dengan seorang sahabat lamaku

Puteri namanya
kini mengasuh anaknya di taska
.......lama aku meneliti bait nama itu

Kakak itu menyambung
Puteri ada cerita, dia ada seorang kawan ditempat kakak itu bekerja,
iaitu aku

dahulu
waktu kami kecil-kecil dahulu
kami tidaklah serapat mana
hinggakan sekarang, sudah lama tak berjumpa

namun ingatannya terhadapku
membuatkan aku merenung seketika


"Puteri ingat Aqilah sebab masa sekolah rendah dulu, Aqilah selalu bagi pinjam duit pada Puteri sebab Puteri takde duit nak beli makanan masa rehat"


Allahu Akbar
sampai sekarang dia masih ingat lagi
sedangkan dahulu itu, dah hampir 20 tahun lamanya

(TT________TT)


Peringatan pada diri
buat baik tak kira masa
jangan persoal besar atau kecil
kerana mungkin itu yang membersihkan jiwa
mungkin itu, yang bantu kita untuk ke Syurga






No comments: