Thursday, August 9, 2018

Dia

Baru-baru ni sempat berbual dengan salah seorang timbalan ketua rumah yang baru dilantik. Saja bertanya khabar, perasaan, dan hasrat dia setelah dilantik. Rezeki untuk dia, sebab dilantik tak lama lepas jadi pengawas baru. Mesti ada macam-macam rasa.

Tapi, apa yang buat aku rasa tersentuh, bila dia kata dia ada pasang angan-angan nak sambung tahfiz lepas habis SPM. Tahun ni dia baru tingkatan empat. Tak ramai ada impian macam tu, dik. Kau hebat.

Just keep that intention till you achieve it.

Sebelum dia masuk sekolah ni, dia dapat 2 tawaran. Satu ke sekolah ni, satu lagi ke sekolah tahfiz. Tapi disebabkan sekolah tu jauh dan dia baru nak masuk tingkatan satu, sekolah ni lebih menjadi pilihan. Kemudian, habis tingkatan tiga, dia pernah terfikir nak keluar dari sekolah ni dan masuk ke sekolah aliran tahfiz. Malangnya, hari yang dia baru nak bagitau keluarga, hari tu lah hari terakhir atau sehari selepas tarikh akhir memohon. Belum rezeki lagi.

Entah. Aku just terfikir. Mungkin, jawatan yang dia terima sekarang ni  adalah hikmah disebaliknya?

Aku percaya, banyak potensi dia boleh digilap lepas ni. Mungkin lebih banyak hati yang boleh disentuh dengan dia menjadi pemimpin?







No comments: