Monday, August 31, 2009

ambang merdeka yang menyesatkan...(".)

lintas lansung dari kolej kediaman ipg-kba melaporkan dengan bahawa sesungguhnya, penulis blog ini baru sahaja pulang dari sambutan hari kemerdekaan yang berlangsung di dalam keretanya sendiri tanpa diiringi sebarang bunga api.

kami, ahli2 keluarga lagenda (kecuali syafiq dan aliaa) beserta fatihah telah berjaya menyesatkan diri selama 3 jam hanya untuk makan di restoran mamak pelita di bangsar pada jam 2 pagi. berikut merupakan laporan penuh dan kronologi peristiwa bersejarah ini.

suatu petang setibanya penulis di ipba...
R: weh, kite nak g kol bape ni? A ckp kalo ko boleh ambik dia kt pudu, dia join. kalo x, kem salam je la kat bdk2 jerman..
Q:boleh je kot.. rasenye aku ingat lagi jalan nak ke sana.

beberapa minit kemudian...
R: weh, kita nak buka puasa kat mane? kalau g lepas maghrib, cam xsempat jer..nak tunggu A lagi..
Q: kalo camtu, kite beli siap2 dah la.. bukak puasa dalam kete le jawbnye..
R; weh, A soh g dulu r, dia kate balik nnt baru dia ikut kite. dia g nanti ngn Al.
Q: ok.

beberapa minit sebelum bertolak...
F: weh, ak nak join skali g klia boleh x? bosan la kt rumah xde member...
Q: layan~

buat pertama kalinya dalam sejarah, Q dan R berjaya sampai ke destinasi tanpa sebarang cacat cela(sesat la maksudnya.. ni first time berjaya menggunakan google maps dengan betul)

seperti yang dijangka, puasa hari itu terpaksa dibuka di dalam kereta atas sebab tak sempat sampai ke destinasi tepat waktu masuk azan.

misi ke klia: mem'bye2' rakan2 seperjuangan ke jerman. berada di klia sampai pukul 10.30

sebelum perjalanan bermula...
Q: weh Al, ko bawak kete la arini. ak bawak time balik eh.
Al: baiklah (muka terpaksa)

setelah keluar dari area klia..
A:kita jalan terus je cam biasa, bak kate man laksa..
Al: layan..
Q: xkesah la korang..

akan tetapi, malam ini merupakan malam yang kurang baik bagi semua penumpang kereta. En. driver dah terlepas agak la banyak signboard yang menunjuk arah ke kl dan petaling jaya. sebaliknya, tersasar jauh sampai ke selayang. setelah beberapa ketika, en driver berjaya patah balik akan tetapi, entah kenapa terlajak hingga ke sg buluh (highway yang sekelilingnya ada batu besar2) setelah kata sepakat dicapai, patah la balik ke kl.

sampai di tol...
Al: wah, ni first time pakai kad touch n go ni.

sampai2 je kat tol, Al terberhentikan kereta agak la jauh dari mesin touch n go tu. dia menjengket, xsampai juga kad kat mesin tu, bukak seat belt dan capai, xdapat juga. last2, nah, berdiri terus kat seat driver tu, baru la dapat capai mesin tu. ( bak kate A, "tu bukan touch n go, tu stop, bukak seatbelt, bukak pintu, touch, tutup pintu n baru go")kejadian ini berlaku beberapa kali di beberapa plaza tol seterusnya.

jalan punya jalan sampai la nak dekat area klcc, jem teruk la pulak.. gila teruk punya jem wa kata lu.. last2, hampir gila dibuatnya, pakatan mengatakan, makan kat bangsar je la.. restoran pelita bukak 24 jam. maka, kembali la ke pangkal jalan akhirnya..

ketika tersangkut dalam jem...
Q: eh da nak pukul 12 la..
F: erm.. jap lagi mesti ade bunga api kan..

tepat pukul 12 tengah malam...
radio: selamat ulang tahun ke 52!! ucapkan la kat orang di sebelah anda salam kemerdekaan..
A dan Al: selamat hari merdeka tiga orang dibelakang..
F: eh, xde pun bunga api. asal ek??
Q: dia simpan untuk raye terus kot..
*semua kecewa xdapat tengok bunga api*

akhirnya, setelah 3 jam menyesatkan diri sekitar area kl dan selangor, sampai la kat restoran idaman ramai. pekena teh tarik dan roti nan cheese, sempat melepakkan diri hanya selama beberapa puluh minit.

sesudah makan, semua pun beransurlah pulang ke kolej yang terchenta..
amacam, menyesatkan x malam nih??

p/s: segala dialog adalah berdasarkan dialog yang asal, cuma dah diolah kerana penulis kurang mengingati dialog yang asal

3 comments:

Anonymous said...

hahaha~ckp kt alif, tooolloongg laa!!tolong ar minum susu dugro ke hape ke,yg buley bgi dier tinggi sket.ngahaha~

siot ar,cian korang an,haih..keta lagenda tu da jauh bjalan..kan?padahal baru je ko bwk bulan 7 rietu..haha..

paper pon,tah-ni-ah krn suda smpai slayangg!!ngee~

qilaraf said...

hoho... kalo tu, kne soh nekya la yg ckpkn... huhuhu...
agk r jauh b'jln...
seremban sudah, selayang sudah, kepong pon sudah.. huhu..

Aliaa Zulkifli said...

hahahaha!

gtau en Al tu aku pon leh smpai la kt touch n go nyer tmpt tuh!

HAHAHAHAHAHHAHAHAHAHA!

bapak la klako part dia xsmpai tuh...
wakaka!