Thursday, November 26, 2009

alkisah si lembu korban yang hampir terkorban

salam...

disini, ingin saya story sikit tentang satu kejadian yang baru je terjadi sebentar tadi. bertempat di padang hadapan rumah saya, seekor lembu yang bakal ditumbangkan pada hari raya korban nanti telah berjaya menghumbankan dirinya sendiri ke dalam longkang sebanyak DUA kali setelah ditambat disitu.

pada petang hari, disebabkan saya tiada ketika kejadian terjadi, jadi tak banyak yan dapat diperkatakan... sampai2 je rumah, dah memang dah masuk dalam longkang tu dah.. pulun pakcik2 dan abah cari jalan nak naikkan semula lembu tu.. setelah beberapa ketika, alhamdulillah berjaya gak lembu tu naik balik.. jalan penyelesaian; pindahkan lembu tu kat tempat yang jauh sikit dari longkang ( tapi masih dekat lagi dengan longkang)...

kisah malam pula...
masa menunjukkan pukul 9(lebih2) . tiba2 terdengar orang menekan loceng rumah berulang kali.dalam hati " ni sape plak la yang cari nahas men2 loceng... lu pahal bai, buat kaco umah orang lak"...

buka je pintu, nampak beberapa orang dah kerumun encik lembu itu. sah. mesti dia buat hal lagi. panggil abah dan siap2 sarung tudung dan sweater dan meluru ke depan sambil tangan membawa kamera ricoh cx1 yang baru dimiliki. hidup memang tak sah kalo tak pegang kamera tu, ( duit sendiri ni.. jangan main2.. penat wa kumpul duit selama ni. mujur abah tak bising sebab bukan duit dia..keh3)

sekali lagi, encik lembu dah masuk longkang lagi. kali ni, satu badan masuk longkang. takde ape yang tinggal. lagi parah. macam biasa, orang2 taman sume kua rumah memeriahkan depan rumah saya. last2, bila masing2 hampir give up, mak cik saadiah suggest untuk panggil bomba pula untuk datang bantu.

abah sempat mengoffer batang kayu panjang yang entah bila wujudnya kat depan rumah untuk membuat takal ( ala yang kite belajar dalam sains darjah enam, ade tuas, takal, fulkrum etc..etc..) bagi membantu encik lembu untuk naik semula ke tanah.

saya pula, sibuk bermain2 dengan kamera, menangkap gambar dan merakam apa2 yan patut. konon2 mahu meningkatkan skill menangkap gambar pada waktu malam dengan bergaya tanpa shaking. bukan senang tu. lama2 sikit selepas itu, pakcik2 bomba pun sampai. seperti tadi, semmua pun bertungkus lumus mengangkat dan memujuk encik lembu untuk bergerak naik ke tanah. dalam pukul sebelas (lebih2), masalah selesai. saya juga berjaya merakam saat kejayaan encik lembu naik. tapi macam malas je nak upload video berkenaan.

sekian sahaja liputan yang tak seberapa liputan yang dapat saya sajikan kali ini.
harap maklum.

p/s: gambar2 ada diupload di facebook. mahu tengok sedutan aksi encik lembu menaikkan dirinya, minta personal dari saya.

2 comments:

Andrew Peripécia said...

Hi! nice page...

despite i cant read this last post.

like ur stories...

i'm from brazil... like to meet new friends...

cya!

Andrew.

www.peripeciasjuridicas.blogspot.com

qilaraf said...

thanks~
wow.. i'd never thought people will actually read my entries and like it..coz i do feel have lots of grammar problems..

nice to meet you too, andrew~
wish i could understand yours..