Saturday, September 24, 2011

new house

salam and hi

akhirnya dah masuk rumah baru (setelah menumpang di rumah Jiani satu malam).
rumah ni serba serbi baru dan super comel kalau nak compare dengan keadaan rumah sewaktu 'house viewing' dulu. Excited! Terharu dengan landlord yang super duper baik hati~

pagi ni baru sudah mengemas barang yang berkotak-kotak tu. Alhamdlulillah. tapi internet hanya akan dipasang dalam masa 3 minggu dari sekarang. hm... nampaknya perlu bertahan dengan online melalui fon atau jadikan fon itu sendiri sebagai modem. surviving skill amat-amat diperlukan sekarang.

minggu depan dah start kelas, baiknya jika saya dapat adapt diri dengan secepat mungkin

Wednesday, September 21, 2011

bye bye 1 malaysia

salam and hi!

oh, lagi beberapa jam sebelum flight balik ke Kent.. perasaan?
haru ade, biru ade.. heh.. campur baur lah weh!

haih, dengan masa yang tak seberapa ni, mana sempat nak contact semua yang rapat.. adek-adekku yang melambak-lambak, tapi yang sempat jumpa hanye sekerat dua. maafffff.
jumpa lecturer pun macam segan-segan kambing.. *macam mana la nak jadi cikgu besok ni... jumpa orang pun malu2*

harapnya, hari-hari yang mendatang dapatlah hadir dengan bestnye. jadilah ia bermacam-macam bagai bagi aku berfikir sikit kenapa kenapa dan kenapa.

so far, aku dah plan a few things bila dah balik sana.

1. nak jadi skema sikit since year 2 seems like a bit tougher than year 1. plus classmates baru nanti, semuanye pun macam ramai yang skema-skema je....

2. nak berjalan banyak-banyak lagi supaya aku tak terperap mengabehkan beras je kat rumah. ape guna hantar pergi jauh-jauh kalau duduk rumah je 24/7

3. meminimakan penggunaan BM dirumah. well, duduk dengan non-malays, harapnya dapatlah improve. aku tak nak jadi cikgu BI yang xreti BI.

4. merajinkan diri untuk aktif bersukan kembali. kalau tak sia-sia je aku berhempas pulas nak sumbat 'kicking pad' dan bola basket dalam beg.

5. improve dalam pengurusan masa. tanggungjawab makin banyak, masa makin kurang. so kena kurangkan masa kurang berpaedah!

well, that's at least my resolution for now.

Tuesday, September 20, 2011

only time will tell

kadang-kadang
kita selalu merungut
bila tak dapat sesuatu
yang kita idamkan

apa yang kita rancang
tak menjadi
semua serba tak kena

walhal
Allah kan lebih mengetahui
dan bila sekian masa berlalu
barulah kita sedar

bahawa sebaik-baik urusan
Allah juga yang tetapkan
baru kita rasa bersyukur
dengan apa yang Allah dah bagi
berbanding apa yang kita dah minta

eyes that see

are you a short sighted?

you can see things from faraway

But couldn't able to see things near

Or are you a long sighted?

you see things near clearly

But ambiguous from a distance

Now or the hereafter

Which one would you choose?

Luxury now

And. . pain in the hereafter?

Or hardship now

And the never ending happiness later?

Long goal or short goal

Both are important

But which is your main priority?

Sunday, September 18, 2011

because they're my parents

papa dan mama
ibu dan abah
emak dan ayah

tak kira apa pun panggilan mereka
mereka adalah yang terpenting
dalam hidup kita

yang membesarkan kita
yang melayan kerenah kita
yang mengajar kita erti kehidupan

tapi
cukupkah kita membalas jasa mereka
dengan segenggam ijazah ditangan?
dengan gaji beribu-ribu sebulan?
dengan pujian masyarakat dek kejayaan kita?

tidakkah kita mahu bersama-sama mereka di syurgaNya kelak?
kalau mahu, kenapa tidak ditegur kesilapan mereka?
andai kita tahu itu salah dan ini benar
kenapa tidak kita perjelaskan kepada mereka?
bukankah banyak caranya yang boleh kita aplikasikan?

berusahalah!
pimpinlah keluargamu
agar hidup dibawah lembayung Islam
secara total dan keseluruhan
dan bukan separuh- separuh
kerana Islam itu menyeluruh


Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.


p/s: melihat perkembangan semasa yang secara realitinya makin jauh dari Islam.

"betulkan yang biasa, biasakan yang betul"






Wednesday, September 14, 2011

summer in ending

there's so many things i've seen
so many incidents i've encountered
good news, bad news, great lucks, bad lucks
all those are memorable

within this holiday
i've met so many figures
being together with them
experiencing the most of time
that was the precious moments

now
time is ticking
bye bye home
welcome adventure
will be back to UK next week

till we meet again
my great friends

Tuesday, September 13, 2011

dare not to fail

I believe in Allah
therefore
nothing is impossible

If I was tested
that shows Allah loves me
and He wants to know if I love Him too
I am the chosen one
and I will take the challenge
nothing will fail me
unless He says so
so He can give me
something better

Insya'allah



On no soul doth Allah Place a burden greater than it can bear
[Al-Baqarah, 2:286]


Monday, September 5, 2011

seungkai kata untuk dirasa

Jangan jadikan pujian manusia sebagai motivasi unggul kerana ia akan mencelamu dikemudian hari.

Jangan jadikan duit sebagai motivasi unggul kerana ia akan hilang dan habis.

Jangan jadikan pangkat sebagai motivasi unggul, kerana ia juga akan tamat dan dihasadi.

Jangan jadikan keluarga sebagai motivasi unggul, kerana ia akan mati jua.

JADIKAN ALLAH, RASULNYA DAN SYURGA YANG DIJANJIKANNYA SEBAGAI MOTIVASI, NESCAYA ALLAH TIDAK AKAN MATI DAN JANJINYA TIDAK AKAN MENGECEWAKAN.