Sunday, September 18, 2011

because they're my parents

papa dan mama
ibu dan abah
emak dan ayah

tak kira apa pun panggilan mereka
mereka adalah yang terpenting
dalam hidup kita

yang membesarkan kita
yang melayan kerenah kita
yang mengajar kita erti kehidupan

tapi
cukupkah kita membalas jasa mereka
dengan segenggam ijazah ditangan?
dengan gaji beribu-ribu sebulan?
dengan pujian masyarakat dek kejayaan kita?

tidakkah kita mahu bersama-sama mereka di syurgaNya kelak?
kalau mahu, kenapa tidak ditegur kesilapan mereka?
andai kita tahu itu salah dan ini benar
kenapa tidak kita perjelaskan kepada mereka?
bukankah banyak caranya yang boleh kita aplikasikan?

berusahalah!
pimpinlah keluargamu
agar hidup dibawah lembayung Islam
secara total dan keseluruhan
dan bukan separuh- separuh
kerana Islam itu menyeluruh


Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.


p/s: melihat perkembangan semasa yang secara realitinya makin jauh dari Islam.

"betulkan yang biasa, biasakan yang betul"






No comments: