salam dan hai.
Siang tadi. Tercalon untuk satu jawatan bagi Malaysian Society sesi 2011-2012. Agak terkejut. Tak pernah tercapai dek akal. Harapnya tercalon bukan kerana 'dikenakan' oleh sahabat, sebaliknya kerana kredibiliti yang ada. Meskipun tidak berjaya dek kekurangan 1 undi, cukup membuktikan bahawa aku sebenarnya ada potensi yang masih boleh diasah. Dan aku akan terus belajar, terus menimba pengalaman hidup.
Bukanlah jawatan yang aku mahukan, bukanlah gelaran yang aku impikan. Kerana sebagai pemimpin, tanggungjawab yang bakal digalas, bebanan yang akan diterima, adalah amat berat. Boleh jadi, di akhirat kelak yang akan melambatkan seseorang itu masuk ke syurgaNya, adalah kerana amanah sebagai pemimpin yang tidak dijalankan dengan sebaiknya. Na'uzubillah.
Jawatan hanyalah pada nama. Bukanlah maksudnya kena berjawatan baru nak buat kerja. Bukanlah maksudnya orang dah kenal baru nak terhegeh tunjuk berkaliber. Biarlah aku tanpa nama, biarlah bekerja dibelakang tabir, asalkan niat yang ikhlas keranaNya. Akan tetapi, sebaiknya yang berjawatan itu adalah adil untuk berada ditempatnya, dan bukan untuk menambah barah yang sedia ada. Dan kitalah yang bertanggungjawab memilih pemimpin itu. Berbaur politik?
yes, all this while, politics is all around us, whether we realise it or not,
whether we like it or not
Moga sahabat-sahabat disibukkan masa kerana amal kebajikan, dan bukannya disibukkan dengan perkara yang melaghakan. Jika tersalah langkah wahai sahabat, kesilapan itulah yang akan mematangkan kita. Insya'allah.
p/s: memetik kata-kata seorang penceramah, bila kita tak diamanahkan tanggungjawab, maknanya Allah suruh kita fokus dengan tanggungjawab yang sedia ada.
Selamat berjuang Committee baru
No comments:
Post a Comment