Wednesday, January 4, 2012

building the leader inside

pandangan pertama
selalunya kurang tepat
untuk menceritakan perihal seseorang
secara keseluruhannya

jujur kata bagi aku
jaulah musim sejuk ini
berjaya membuka mata dan pintu hati
untuk menerima pandangan dan kritikan
yang mana kadangkala aku
tak pernah sedar ianya berlaku

pengalaman jaulah ini
mengajarku untuk lebih berhati-hati
untuk peka dengan keadaan sekeliling
kerana bila kita berada dalam 'comfort zone'
kita mudah alpa dan leka

Alhamdulillah, aku bersyukur
ditemukan dengan ramai rakan baru
sahabat-sahabat yang bersama-sama denganku
merungkai misteri diri satu per satu

kalian banyak membantuku membina keyakinan
di setiap detik peluang dan ruang yang ada
agarku mampu bertatih setapak demi setapak
sebelum berlari di medan sebenar kelak

dalam masa yang cukup singkat
mungkin tak banyak dapatku pelajari
namun ianya cukup buatku sedar
matlamat itu mampu tuk dicapai


*jazakumullahu khairan sahabat-sahabatku*





1 comment:

dyanna said...

salam wbt aqilah yg baik.. =)
alhamdulillah.. jazakillah jugak kat ko yg byk membantu dan menyokong ak n rakan2 yg lain..
benar, masa yg dihabiskan bersama sangat singkat, tapi banyak perkara yg kita rungkaikan..
benar, masa yg dihabiskan bersama sangat singkat, tapi banyak memori yg kita lakarkan..
benar, masa yg dihabiskan bersama memang singkat, tapi ukhuwwah yg terbina tak mudah utk digoyahkan..
benar, masa yg dihabiskan bersama memang singkat, tapi setiap dari kita adalah sebahagian yg lain, dengan izin Allah, kita akan sentiasa "hidup" dalam fikiran dan doa sahabat2 lain.. =)

salam rindu dari prague,
p/s : igt janji kita dlm masa setahun akan dtg, insyaAllah.. =)