aku percaya, Allah masih sayang jiwa ini. kerana itu, aku belum ditemukan dengan orang yang betul. mungkin dia bukan yang terbaik untuk diriku. atau mungkin Dia mahu aku untuk mengenali Islam lebih dari segala yang lain. benar, cinta adalah fitrah, tapi bagaimana kita mengawal perasaan untuk dicintai dan mencintai, itu lebih penting. Aku bersyukur kerana ditemukan dengan sahabat yang banyak mengingatkanku untuk menetapkan pendirian, kerana aku yakin Allah yang gerakkan hatinya untuk membantu aku. dan kini aku bersyukur dengan pilihan yang telah dibuat. alhamdulillah, insan tersebut telah pun mendirikan rumahtangganya. mungkin ada yang menyangka aku akan berasa sedih, kecewa mahupun menyesal dengan pilihanku, tapi bagi aku, sekurang-kurangnya insan itu telah berjaya menutup ruang-ruang maksiat. dan sekurang-kurangnya juga aku tidak terjerat dengan helah syaitan yang menggoda, yang mungkin memakan diri. yang mungkin aku pada hari ini bukanlah sepertimana aku seadanya. belajar dari kesilapan, aku mahu belajar erti tanggungjawab sebelum tanggungjawab itu diamanahkan kepadaku kelak. dan ianya satu proses yang panjang. jika tiada persediaan rapi, manakan dapat perjalanan yang lancar. dan aku yakin janji Allah pada hambaNya yang menunaikan tanggungjawab dengan sebaiknya.
1 comment:
I like this one. =')
Post a Comment