sahabat
jika hari ini aku berjaya menakluk diri
ingatkan aku
esok mungkin aku jatuh kembali
sahabat
jika hari ini aku meninggi diri penuh bangga
tegurlah aku
kerana aku kekal seorang hambaNya
sahabat
jika hari ini aku dilantik untuk memimpin
bimbinglah aku
agar aku tidak terus alpa dengan amanah yang diberi
masih terlalu banyak kekurangan
masih mencari kekuatan diri yang tak pasti
andai sudah melepasi halangan
ingatkan aku
wahai sahabat!
No comments:
Post a Comment