Saturday, January 22, 2011

sediakah anda?

susahnya nak berubah
bila luarnya terjaga
dalamnya tak terancang
bila dalamnya utuh
luarnya tak kesampaian

bila kata berpada-pada
hati tak mampu menipu
baca buku, "ya saya percaya"
dalam hati, "mampu ke aku?"

orang berkata, nampak cam kacang
"ape susah, sampai seru, aku berubah"
tapi hakikatnya, banyak nak ubah
terkadang sampai tak terkejar-kejar

kalau nak berubah
perlu berkorban
tapi sejujurnya
sediakah anda??

Thursday, January 20, 2011

you are!

aku dambakan kasihmu
kau kuanggap kakak
lebih dari sekadar 'senior'
walau kita baru bertemu
seakan selamanya telah kukenal

seringkali kurasakan
gurauan kasarku
nakalku terlebih
kata-kata tak bertapis
kadang membuatmu 'tension'
buatmu terasa hati

tapi sedarlah
dirimu amatku sayang
kehadiranmu amatku hargai

kerana kau
telah buka mindaku
buka mataku seluasnya
untuk melihat dunia
menafsir alam
dari pelbagai sudut berbeza

aku yang dulu
mungkin tidak mengerti
mungkin tidak ambil peduli


selamat hari lahir to my dearest kak Faizatul Ema & kak Qurratul Aini (walaupun tak mau ngaku besday dia.. xpe..xpe, nak wish jugak if salah)

thanks for everything
thanks for being such great sisters
thanks for showing me the way when i need it
sama-sama kita kejar cintaNya

semoga ukhuwwah ini berkekalan hingga ke jannahNya

Tuesday, January 18, 2011

dirimu disana

dulu
tika dirimu berbaring
sering kurapati padamu
bermanja-manja mesra
cucu bersama opahnya

kalau dulu
opah selalu pesan
belajar rajin-rajin
nanti dah besar
boleh tolong ibu abah
jaga adik-adik

meskipun dirimu
tidak sesihat dulu
bergantung harap kerusi roda
dan hanya mampu berbaring
namun pada hari itu
kau gagahkan juga
mengharungi sempadan negeri
untuk hantarku berlepas

aku tidak punya yang lain
yang tinggal hanyalah dirimu
yang mana setiap kali cuti
kampunglah destinasi kami
dengan kehadiranmu
kami semua berkumpul
dari generasi
ke generasi

sungguh
aku belum bersedia
untuk menghadapi detik itu


Ya Allah,
“Hilangkan penyakit ini, wahai Tuhan bagi manusia, sembuhkanlah, Engkau adalah Maha Penyembuh. Tidak ada kesembuhan selain kesembuhan-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.” (Riwayat al-Bukhari dalam Fathul-Bari No.5675).


Ya Rahman Ya Rahim,
panjangkanlah usianya,
berkatilah hidupnya
dengan limpah kurniaMu

Sunday, January 16, 2011

kita mudah leka

sering kita terleka
dengan hasutan dunia
tak sedar tujuan utama
khalifah di bumi Allah

seringkali kita lalai
melebihkan dunia
melupakan akhirat
walhal, yang mana satu lebih utama?

kita alpa
kita tersimpang jauh
kita lupa tujuan hidup
kita tersasar dari janji kita
untuk mengabdikan diri padaNya

dunia hanya perhentian
ianya satu persinggahan
sebelum sampai ke destinasi
yang ternyata lebih abadi

bila mana ditimpa musibah
itulah detik kita tersedar
betapa nikmatnya ujian
tanpanya kita terus tersasar
jauh dari Yang Maha Esa

musibah menguji kita
sejauh mana taatnya kita?
sedalam mana sabarnya kita?
sebanyak mana kebergantungannya kita
pada Yang Maha Berkuasa

bila jatuh ditimpa bencana
bersabar dan berlapang dada
beristighfarlah menyesali diri
dan memohon keampunanNya

itulah manisnya musibah



"Dan sungguh akan kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: “Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun”. Mereka Itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.” (Al-Baqarah: 155-157)

Saturday, January 15, 2011

akhirnye Manchester

salam and hi~

pertama sekali, maaf sebab lambat. nak kata 'busy' study, tak jugak. nak kata siapkan assignment. pun x. mungkin ketandusan idea untuk sambung.

okey, perjalanan dari portsmouth diteruskan dengan naik train untuk ke stesen terakhir di manchester piccadilly. berjam-jam la jugak nak ke sana. ada satu ketika, gerabak yang kami naiki tu, hanya ada kami je. ye lah, dah jauh malam, siapa je lah yang nak train macam kami kan..

sampai manchester hampir pukul 12 tengah malam jadi faham-faham je lah keadaannya. sunyi jer.... seram pun ada.. sampai rumah kak q nak dekat pukul 1. kongsi 1 bilik 10 orang, ha... memang macam sardin dah, tapi best sebab bila lagi kan nak padat-padat macam tu kan?

keesokan hari, siap-siap sebab fuiyo dah nak start! best2 boleh reunion dengan kawan2 lama dan jumpa kawan baru. oh ye, sebelum ke meeting point di student union uni of manchester, kami sempat makan di kedai makan deret-deret yang dekat dengan rumah.. pergh! teruja tengok kiri, kanan, depan bersepah kedai halal~ kalau kat canterbury, nak jumpa kedai yang terang-terang cop halal pun susah...

FUIYO (akan buat entri hanya utk ni) jadi bahagian bawah adalah sambungan lepak manchester selepas program Fuiyo

setelah fuiyo melabuhkan tirai, kami kembali ke machester untuk habiskan sisa cuti yang ada.. ye la, nak balik terus, transport takde, so nak taknak kena la stay jugak lagi sehari dua...

sesampainya kat rumah kak q, semua pun kepenatan macam jalan jauhhhh sangat... tapi disebabkan perut lapar tak dinner lagi, kami sepakat membawa berkat nak makan kat kedai jazeera yang diuar-uarkan sangat best lagi murah tu...

kebetulan, kat manchester ada satu majlis ilmu dimana orang yang bagi ucapan adalah Tuan Guru Haji Hadi Awang. ramai jugak senior2 fuiyo yang turut serta majlis tu. jadi, suasana di Rusholme ni sangat lah ramai orang malaysia.. mana taknye, sampai jazeera je, tengok penuh students malaysian..

bila perut da kenyang makan, singgah pulak kedai moonlight yang famous dengan faluda nye. boleh tahan la juga rasanya..

keesokan harinya adalah boxing day. tapi disebabkan pagi tu, ramai yang batuk-batuk plus demam-demam, so xkemana la jawabnya. tapi, mira dan qis berbesar hati temankan saya pergi city untuk cari beg tarik (tak tahan sakit bahu bawak beg sandang yang super berat) terima kasih kalian~ ke bandar pada boxing day mungkin bukan satu cadangan yang baik bagi mereka yang tak suka suasana yang ramai orang. dah petang-petang pun orang ramai lagi tak reti-reti nak balik. -.-"

lunch merangkap dinner di ichiban. sedap! dah lama tak makan makanan jepun jadi memang best laa... ~.~ lagi sedap bila ada orang nak belanja... rasa terharu sangat2. thank you qis sebab belanja dan segala apa yang kita buat kat situ :P

sampai rumah, berkesempatan berborak-borak dengan semua yang ada. macam-macam cerita dari geng-geng medic (bincang pasal medic, yang xpaham pun kena la buat2 faham) bincang pasal fuiyo (tak habis2 feedback, banyak sangat xsempat nak conclude time kat fuiyo)

kak q pun keluarkan resepi pengat pisang ala microwave dia. simple but sedap! sambung borak-borak sampai ngantuk mata.

last day kat manchester: sedih dah nak balik. at the same time sedih tak dapat join geng2 plymouth pergi stadium kat old trafford.. *ni maknenye nak kena datang lagi ni*
kak auni dan ain teman sampai stesen dan disitulah semuanya berpisah... adeih, so i'm home canterbury. mau 10 hari jugak tinggal bilik yang best tu untuk jalan2. pengalaman berharga sebab sendiri plan (walaupun macam tak berapa pandai lagi untuk bajet2 kos) tapi alhamdulillah banyak yang saya belajar sepanjang perjalanan ni.

END

p/s: fuiyo akan menyusul kemudian...

Friday, January 7, 2011

portsmouth pulak

salam and hi

okei, ni adalah sambungan cuti musim sejuk saya, selepas berjalan-jalan sekitar Plymouth. kami bergerak ke stesen keretapi pada pukul 6-ich untuk ke portsmouth. segalanya berjalan lancar, hinggalah satu ketika ketika kami bertukar train di westbury untuk ke portsmouth harbour. satu train datang ke arah kami dan kesemuanya naik dan mencari tempat duduk..

selang beberapa ketika, kedengaran satu pengumuman dimana train yang kami naiki itu tidak ke destinasi kami, maka secepat mungkin kami keluar kembali dari train berkenaan... sejurus beberapa ketika, train itu pun bergerak..........dan kelihatan seorang ahli dari kami terpinga-pinga dalam train tu.. erk..

tibalah kami ke rumah kak vida a.k.a kak datin (hah?) dalam kol 12 nak ke 1 pg.... sampai2, berdesup cari tempat tido~ sedang kami sedap2 tido, tak tahula ape jadi pada rakan kami yang tertinggal train tadi tu... kesian gak ooo..

the next day, kami berjalanlah beramai-ramai ke gunwharf quay... tempat ni banyak kedai-kedai best-best.. factory outlet dan yang sekampung dengannye... memang syok la kalau shopping... len kali nak kena gi sini just untuk shopping je ni.. jalan-jalan tengok baju tengok kasut.. gi la cek duit kat bank... dan dan tu la jugak baki elaun dan visa masuk.. seribu lebih lak tuh! *gatal je tangan ni nak keluar duit* tapi nasib baik mampu bertahan lagi dari tekan no pin keluar beratus-ratus *alhamdulillah*



tempat tu jugak dekat dengan laut.. so banyak la nampak bot-bot tersidai kat tepi jeti, termasuklah ade satu menara ni... spinnaker tower.. skali tengok cam menara ibu mengandung lak -.-"

habis ber'window' shopping, perut pulak dah lapar... so ramai-ramai la g makan kat indian palace... hajatnya nak makan kat kedai sebelah indian palace, tapi time tu, kedai dah nak tutup... so masuk je la kedai indian palace tu.... makan memang sedap... tapi.. service, memang sedap dikritik laaa~ ade ke patut pakcik waiter tu gelakkan kitorang masa kira2 duit nak bayar? kalau kami xkira time tu, bodoh-bodoh je kena tipu dalam bil *haih*

dah habis makan, semantara tunggu sebahagian ke tandas melepas hajat, kami pun bersuka ria bergambar2 kat situ.... view yang lawa sebab byk lampu-lampu~ on the way balik rumah pun, lalu kawasan uni portsmouth, sambung lagi ambik gambar kat situ... all in all, outing kat portsmouth memang berbaloi sangat :P seronok jalan-jalan... especially bila time malam.. kalau kat canterbury, pukul 4 je dah jadi macam ghost town je.. seram sket!








so the next day, berehat-rehat untuk meneruskan perjalanan ke Manchester pulak..... akan bersambung dimasa akan datang ye...

Wednesday, January 5, 2011

Fresh from FB~

salam and hi

There was a game I played in facebook where we put on our status :

" Inbox me any number and I will describe you in my status. Fun thing is, only you and me know what your number is.. (although people would find out if you liked that status but that's another story)"

and guessed what? these are what people think of me, which some of it, I couldn't believe myself~ haha


1) request sbb balas jasa ko. dia nie seorang yg peramah.. blur2.. tp ak suka tgok dia blur sbb ak akan membahan dia slepas itu.. kwang3.. dia taekwando.. dan dia juga salah seorang legendary ak.. haha.. dia juga legend dgn fairy tail dia iaitu, membuka pintu lrt dgn tangan.. waaaaaaaaa.. hebat tak dia ni? hebat kan? btw.. dia mmg seorang yg agak hebat in everything.. jd, ak admire laa.. ;D

->Wan Syafiq

2) hehehe..suke la ngn die ni. cool je. lg cool bile bawa kete..wow! jth cnta trus. tp x bley lebih2 ...hubungn trlarang.funny in her own way. sgt brdedikasi, responsible n brkawan dgn sume org. sume org suke die.kecik, besa, tua muda, laki, pmpuan sume suke die. ade ke org x suke die? cam xde je. macho2 die pn..muke blushing jgk kalo kene usik..hihihi....comel betul. rase bertuah pernah 1 umh ngn die. rindu!
->Mira Lee

3) hmmm... i dont know you much but what i know is that you always like my status... i mean those not-so-good status... hahaha xD jahat u... hehehe =p
i believe that you are a nice, good, kind and great person... lets go out sometimes to you-know-where... *wink2*
->Lipvi Teoh

4) We went to 'pergh' programme together kat Imperial College London and that was like the first time I sort of really talked wit u..kan2? I like how ur able to just masuk wit us and make urself comfortable in every environment that ur in..and...x lupe juge..ur camera..superb picca die! hihi..=)
->Kak Emira Gojess

5) sekarang takboleh dah nak nyemak rumah kitorang kan duhuhu. eh tapi boleh je dengan syarat ko datang ah sini. kompem aku masak sedap punye tok ko. alah aku masak ape pon sedap. eh ter-riak hahahahah. eh tapi aku seriyes ni, datang sini aku masak speshel punye nanteh. laenlah dulu dapur tu buruk takat buat megi dengan aer panas je la bole. har har
->Kayla

6) ‎santek gak nombor nih..try sbut laju2..jadi 8 terjunam!hehe...me like it when u blur2..ekeke~cam comel!me like it when u didnt wear ur spec..lagi comel!heee....^_^
->Norfa

7) mula22 x rapat sgt dgn die..agak skema jgk orng nye!!..tp baek hati..grang pun ade:p..hehe..yg penting ok laaaa..pendiam..jgn mane22..die taekwando tau!!
->DeeYana Taufik

8) akak seni mempertaha kan diri. dulu2, x rapat sngat, tapi bila tahu dia terror dlm seni mepertahan diri, dan dia drive kat ipba rasa respect lak kat dia. easy going and suka cakap ngn dia sbb dia bnyak berfikir. cara dia menjawab soklan and bg opinion dia, x buat org terasa. haha! selalu ingat dia adik kek thoyibah ehe.dulu dulu la =
->Shy

9) u r responsible.. gud to talk to.. bt serious at times.. i thnk only ur face looks so.. bt actually u r a jovial person. stay calm n cool
->Jega

10) kwn since di pasir salak. aku suke kacau kau.haha. bakal teacher!yeayy!suke melihat,memerhati sumenye kaulah weh.haha..nt jgn lupe ajak anak aku ye!haha :
->Mimi

11) sowie la kite x slalu borak2 ngan awk,,kite x reti nk borak2 sgt,,tp kite ase awk msty nk borak2 ngan kite kn??(syiokk sndri jap,,O_o'').. awk pndai men badminton n agak aktif ngan co-curriculum kat cccu ni..berbakat juge dlm photography...n yg pastinye i looiiiyyke ur camera,,makes me n other gojesses maken gojes gituw..
p/s::sowie,,terlebih cheese plak (or cheesy) my ayat bout u,,hope ul like it!! ^__^v
->Kak AJ Gojess

12) u r gud. s0metimes independent n can go by urself without help frm others. u hv a strong heart though kdg2 u need sumone to rely on.^^
->Kak Ira Gojess

13) blur. sore maintain je. suke dga sore dia.hahha..
->Teha

14) nk jgak! Hehehe…org 1 second intake yg ila knal…friendly n ttibe je blh msuk…hehehe...agk sensitif tpi dia ni cool and berani orgnye… suke try something new n tgn dia tgn mas…hiiiiiiiiii ;) yg plg org suke dia dh buang tabiat dia yg suke kte " mlas mkn la, mlas kunyah n mlas mcm2 lgi"…hakhakhak =)
->Ila

15) sama la ni kes nya. ex clasmate.ex clasmate aku suka tilik naseb rupanya. haha. oh sangat rajin dan tekun berusaha. oh oh taekwondo jgn dilupa. haha mana mana event mesti ada dia punya. heh
->EcahNor

16) kenal dia mse kt tesl camp through my friend, ain.. tp xtau cmne dia blh end up baik dgn mira plk..=p lagi pelik sbb dia end up baik dgn my whole housemates..ihhi :) all in all, im glad that i get to know her..a good fren of mine n u too if u befriend wif her as well.
slmt mngemudi iliuvislam uk dear!! :) ♥♥♥
->Qis

17) cool, pendiam...kind,easy-going.. cuba untuk lebih senyum ya (bila perlu, hehe) :-) Nanti kita sembang2 ye Qila..if Qila nk tnya apa2, silakan tau.. jgn segan2.  Jom, sebarkan Islam, walau sedikit. InshaALlah lama2, ruh pejuang akan meresap dalam diri..
->Kak Ema Gojess

18) to me, die ni ade care die. muke nak tenang je, tp dlm otak ak taw byk mende ko pkir. skrg ni die dlm fasa metamorphosis. ak rase die mencari that UMPH in life. ak suke spend time dgn die, die baik n cool. mule kenal kt wow. tp rase cam dah lame plak kenal. she is one easy going girl and i could get along with her so well. i dont know if she felt the same way but i hope she does.
->Dikfara

and last but not least.....

19) x sngke bminat jugak ngn bnde ni kn.. btul2 knal dia, mse kat pergh london.. sblum ni knal kat fb je tp x add, tp slalu nmpak dia dok komen2.. memg dia ni kire pngguna fb tegar la gak.. haha..pastu jd rpat ngn dia mse fuiyo, haha.. bru pasan dia ni suke wat muke tau.. *kmbang kan idung sepetkn mata sket.* comel je ble dia wat cmtu.. haha.. seriously, rndu kot tgok dia wat cmtu.. :)
->wawa

Well, good thing from this game is, we get to know of other's perception on our appearance and behaviour... take good things and be better, and leave whatever that's not good and try to improve our personality :P

Tuesday, January 4, 2011

Plymouth dulu

salam and hi~

cuti winter pun tinggal lagi beberapa hari jer.. lepas ni, dah takde la lagi nak lepak-lepak ronggeng-ronggeng tak tentu hala.. >.<

berdasarkan entry saya yang sebelum ni, tau dah kan ke mana saya dah jalan-jalan? ha, kalau camtu end of story lah~

yang menariknya trip kali ni, alhamdulillah walaupun yang dari Canterbury hanya 3 orang je termasuk saya, tapi kami berjaya meramaikan ahli trip kepada 15 orang kesemuanya :P bagaimana? kalau kita tak mampu nak ajak orang lain join kita, kita lah yang join orang lain :P

begini kisahnye... disebabkan kami bertiga tak berani lagi nak jalan-jalan sendiri sebab masih baru (3 bulan tu kire baru la jugak, kan) jadi saya mengambil keputusan untuk 'join venture' dengan sahabat saya di Plymouth. Mira, Qis dan yang lain-lain. alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan! sambil-sambil jalan tempat diorang, sempat jugak la nak melawat senior2 cohort 5 yang bakal pulang ke Malaysia untuk meneruskan pengajian tahun akhir mereka. Alhamdulillah terubat rindu nak jumpe kak Ummu, kak Yam dan kak Hana (sempat berkenalan dengan kak Yam dan kak Hana melalui FB, jadi ini kali pertama bersua muka) T_T

masa di Plymouth kami gunakan sebaik mungkin dengan melawat senior2.kadang-kadang tu, rasa macam pergi beraya di musim sejuk pun ade gak~ mula-mula ke rumah kak Ummu. dijamu dengan karipap panasnye yang memang femes kat Plymouth~~~~ borak-borak kejap, datang pulak kak Wani membawa jemput-jemput boolaattnyee~~ sedap!

selesai bergambar2 kat depan rumah, next stop was rumah kak wani si pembuat jemput-jemput bulat sedap~ kat situ pun makan lagi.... tapi jemput-jemput da selamat dihabiskan kat rumah kak ummu... seperti biase, sambung borak2 sampai dah habis idea nak cakap ape.

dah sedar diri duduk lame sangat, barulah kami beransur ke rumah ketiga pula..rumah kak yam dan kak hana, merangkap aisyah :P kat situ pulak, merasa la makaroni cheese yang sangat sedap! bertambah sedap bile kak yam ajar letak sos cili HPA dalam tu.. pekena pulak teh tarik.. memang mengancam menu kali ni~ rasa sangat sedih sebab tak pernah kenal kakak2 yang best ni masa kat ipba dulu... cam pun tak... diorang lak yang cam saya... T_T

malam sebelum berangkat ke Portsmouth, sempat jumpe kak ummu untuk terakhir kalinye di bumi UK.. dia turut seta hantar kami sampai la kami semua naik teksi... T_T sape tak sedih... baru sempat jumpa beberapa kali je... insya'allah lain waktu kita akan bertemu kembali :P

"Dua orang sahabat yang bersahabat kerana Allah, mereka bertemu kerana Allah dan mereka berpisah kerana Allah".

okei, cukup dulu sampai sini.. akan sambung akan datang :P

Sunday, January 2, 2011

My Winter Holiday

salam and hi~

cuti pun dah nak habis. saki baki yang ada insya'allah akan cuba digunakan sebaik mungkin. apa yang saya dah buat sepanjang cuti ni? saksikan~~~