Tuesday, January 4, 2011

Plymouth dulu

salam and hi~

cuti winter pun tinggal lagi beberapa hari jer.. lepas ni, dah takde la lagi nak lepak-lepak ronggeng-ronggeng tak tentu hala.. >.<

berdasarkan entry saya yang sebelum ni, tau dah kan ke mana saya dah jalan-jalan? ha, kalau camtu end of story lah~

yang menariknya trip kali ni, alhamdulillah walaupun yang dari Canterbury hanya 3 orang je termasuk saya, tapi kami berjaya meramaikan ahli trip kepada 15 orang kesemuanya :P bagaimana? kalau kita tak mampu nak ajak orang lain join kita, kita lah yang join orang lain :P

begini kisahnye... disebabkan kami bertiga tak berani lagi nak jalan-jalan sendiri sebab masih baru (3 bulan tu kire baru la jugak, kan) jadi saya mengambil keputusan untuk 'join venture' dengan sahabat saya di Plymouth. Mira, Qis dan yang lain-lain. alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan! sambil-sambil jalan tempat diorang, sempat jugak la nak melawat senior2 cohort 5 yang bakal pulang ke Malaysia untuk meneruskan pengajian tahun akhir mereka. Alhamdulillah terubat rindu nak jumpe kak Ummu, kak Yam dan kak Hana (sempat berkenalan dengan kak Yam dan kak Hana melalui FB, jadi ini kali pertama bersua muka) T_T

masa di Plymouth kami gunakan sebaik mungkin dengan melawat senior2.kadang-kadang tu, rasa macam pergi beraya di musim sejuk pun ade gak~ mula-mula ke rumah kak Ummu. dijamu dengan karipap panasnye yang memang femes kat Plymouth~~~~ borak-borak kejap, datang pulak kak Wani membawa jemput-jemput boolaattnyee~~ sedap!

selesai bergambar2 kat depan rumah, next stop was rumah kak wani si pembuat jemput-jemput bulat sedap~ kat situ pun makan lagi.... tapi jemput-jemput da selamat dihabiskan kat rumah kak ummu... seperti biase, sambung borak2 sampai dah habis idea nak cakap ape.

dah sedar diri duduk lame sangat, barulah kami beransur ke rumah ketiga pula..rumah kak yam dan kak hana, merangkap aisyah :P kat situ pulak, merasa la makaroni cheese yang sangat sedap! bertambah sedap bile kak yam ajar letak sos cili HPA dalam tu.. pekena pulak teh tarik.. memang mengancam menu kali ni~ rasa sangat sedih sebab tak pernah kenal kakak2 yang best ni masa kat ipba dulu... cam pun tak... diorang lak yang cam saya... T_T

malam sebelum berangkat ke Portsmouth, sempat jumpe kak ummu untuk terakhir kalinye di bumi UK.. dia turut seta hantar kami sampai la kami semua naik teksi... T_T sape tak sedih... baru sempat jumpa beberapa kali je... insya'allah lain waktu kita akan bertemu kembali :P

"Dua orang sahabat yang bersahabat kerana Allah, mereka bertemu kerana Allah dan mereka berpisah kerana Allah".

okei, cukup dulu sampai sini.. akan sambung akan datang :P

No comments: