salam and hi
okei, ni adalah sambungan cuti musim sejuk saya, selepas berjalan-jalan sekitar Plymouth. kami bergerak ke stesen keretapi pada pukul 6-ich untuk ke portsmouth. segalanya berjalan lancar, hinggalah satu ketika ketika kami bertukar train di westbury untuk ke portsmouth harbour. satu train datang ke arah kami dan kesemuanya naik dan mencari tempat duduk..
selang beberapa ketika, kedengaran satu pengumuman dimana train yang kami naiki itu tidak ke destinasi kami, maka secepat mungkin kami keluar kembali dari train berkenaan... sejurus beberapa ketika, train itu pun bergerak..........dan kelihatan seorang ahli dari kami terpinga-pinga dalam train tu.. erk..
tibalah kami ke rumah kak vida a.k.a kak datin (hah?) dalam kol 12 nak ke 1 pg.... sampai2, berdesup cari tempat tido~ sedang kami sedap2 tido, tak tahula ape jadi pada rakan kami yang tertinggal train tadi tu... kesian gak ooo..
the next day, kami berjalanlah beramai-ramai ke gunwharf quay... tempat ni banyak kedai-kedai best-best.. factory outlet dan yang sekampung dengannye... memang syok la kalau shopping... len kali nak kena gi sini just untuk shopping je ni.. jalan-jalan tengok baju tengok kasut.. gi la cek duit kat bank... dan dan tu la jugak baki elaun dan visa masuk.. seribu lebih lak tuh! *gatal je tangan ni nak keluar duit* tapi nasib baik mampu bertahan lagi dari tekan no pin keluar beratus-ratus *alhamdulillah*
tempat tu jugak dekat dengan laut.. so banyak la nampak bot-bot tersidai kat tepi jeti, termasuklah ade satu menara ni... spinnaker tower.. skali tengok cam menara ibu mengandung lak -.-"
habis ber'window' shopping, perut pulak dah lapar... so ramai-ramai la g makan kat indian palace... hajatnya nak makan kat kedai sebelah indian palace, tapi time tu, kedai dah nak tutup... so masuk je la kedai indian palace tu.... makan memang sedap... tapi.. service, memang sedap dikritik laaa~ ade ke patut pakcik waiter tu gelakkan kitorang masa kira2 duit nak bayar? kalau kami xkira time tu, bodoh-bodoh je kena tipu dalam bil *haih*
dah habis makan, semantara tunggu sebahagian ke tandas melepas hajat, kami pun bersuka ria bergambar2 kat situ.... view yang lawa sebab byk lampu-lampu~ on the way balik rumah pun, lalu kawasan uni portsmouth, sambung lagi ambik gambar kat situ... all in all, outing kat portsmouth memang berbaloi sangat :P seronok jalan-jalan... especially bila time malam.. kalau kat canterbury, pukul 4 je dah jadi macam ghost town je.. seram sket!
so the next day, berehat-rehat untuk meneruskan perjalanan ke Manchester pulak..... akan bersambung dimasa akan datang ye...
No comments:
Post a Comment