Saturday, January 15, 2011

akhirnye Manchester

salam and hi~

pertama sekali, maaf sebab lambat. nak kata 'busy' study, tak jugak. nak kata siapkan assignment. pun x. mungkin ketandusan idea untuk sambung.

okey, perjalanan dari portsmouth diteruskan dengan naik train untuk ke stesen terakhir di manchester piccadilly. berjam-jam la jugak nak ke sana. ada satu ketika, gerabak yang kami naiki tu, hanya ada kami je. ye lah, dah jauh malam, siapa je lah yang nak train macam kami kan..

sampai manchester hampir pukul 12 tengah malam jadi faham-faham je lah keadaannya. sunyi jer.... seram pun ada.. sampai rumah kak q nak dekat pukul 1. kongsi 1 bilik 10 orang, ha... memang macam sardin dah, tapi best sebab bila lagi kan nak padat-padat macam tu kan?

keesokan hari, siap-siap sebab fuiyo dah nak start! best2 boleh reunion dengan kawan2 lama dan jumpa kawan baru. oh ye, sebelum ke meeting point di student union uni of manchester, kami sempat makan di kedai makan deret-deret yang dekat dengan rumah.. pergh! teruja tengok kiri, kanan, depan bersepah kedai halal~ kalau kat canterbury, nak jumpa kedai yang terang-terang cop halal pun susah...

FUIYO (akan buat entri hanya utk ni) jadi bahagian bawah adalah sambungan lepak manchester selepas program Fuiyo

setelah fuiyo melabuhkan tirai, kami kembali ke machester untuk habiskan sisa cuti yang ada.. ye la, nak balik terus, transport takde, so nak taknak kena la stay jugak lagi sehari dua...

sesampainya kat rumah kak q, semua pun kepenatan macam jalan jauhhhh sangat... tapi disebabkan perut lapar tak dinner lagi, kami sepakat membawa berkat nak makan kat kedai jazeera yang diuar-uarkan sangat best lagi murah tu...

kebetulan, kat manchester ada satu majlis ilmu dimana orang yang bagi ucapan adalah Tuan Guru Haji Hadi Awang. ramai jugak senior2 fuiyo yang turut serta majlis tu. jadi, suasana di Rusholme ni sangat lah ramai orang malaysia.. mana taknye, sampai jazeera je, tengok penuh students malaysian..

bila perut da kenyang makan, singgah pulak kedai moonlight yang famous dengan faluda nye. boleh tahan la juga rasanya..

keesokan harinya adalah boxing day. tapi disebabkan pagi tu, ramai yang batuk-batuk plus demam-demam, so xkemana la jawabnya. tapi, mira dan qis berbesar hati temankan saya pergi city untuk cari beg tarik (tak tahan sakit bahu bawak beg sandang yang super berat) terima kasih kalian~ ke bandar pada boxing day mungkin bukan satu cadangan yang baik bagi mereka yang tak suka suasana yang ramai orang. dah petang-petang pun orang ramai lagi tak reti-reti nak balik. -.-"

lunch merangkap dinner di ichiban. sedap! dah lama tak makan makanan jepun jadi memang best laa... ~.~ lagi sedap bila ada orang nak belanja... rasa terharu sangat2. thank you qis sebab belanja dan segala apa yang kita buat kat situ :P

sampai rumah, berkesempatan berborak-borak dengan semua yang ada. macam-macam cerita dari geng-geng medic (bincang pasal medic, yang xpaham pun kena la buat2 faham) bincang pasal fuiyo (tak habis2 feedback, banyak sangat xsempat nak conclude time kat fuiyo)

kak q pun keluarkan resepi pengat pisang ala microwave dia. simple but sedap! sambung borak-borak sampai ngantuk mata.

last day kat manchester: sedih dah nak balik. at the same time sedih tak dapat join geng2 plymouth pergi stadium kat old trafford.. *ni maknenye nak kena datang lagi ni*
kak auni dan ain teman sampai stesen dan disitulah semuanya berpisah... adeih, so i'm home canterbury. mau 10 hari jugak tinggal bilik yang best tu untuk jalan2. pengalaman berharga sebab sendiri plan (walaupun macam tak berapa pandai lagi untuk bajet2 kos) tapi alhamdulillah banyak yang saya belajar sepanjang perjalanan ni.

END

p/s: fuiyo akan menyusul kemudian...

1 comment: