Wednesday, November 9, 2011

sisi 360 darjah

dalam kita rancak berusrah
berbulatan gembira
pernahkah kita perhatikan
keadaan sekeliling?

adakah kita hanya
mahu ber'sharing'2
berdiskusi dengan mereka
yang mahu mendengar
sedangkan yang lain
dibiar terkontang-kanting?
dengan dunia khayalan mereka?

adakah wajar kita biarkan
mereka bersendirian
hanya kerana mereka
jarang-jarang mengikuti usrah
kurang komited dengan
program-program yang
kita anjurkan?

layakkah kita untuk melabel
orang tu sudah layak didakwah
dan orang itu belum layak lagi?

satu perkara yang paling ditakuti
adalah apabila diakhirat kelak
mereka datang kepada kita
dan bertanya
"kenapa tidak mereka diberitahu
sedangkan mereka wajar tahu"



2 comments:

nusrah said...

assalamualaikum..
entri ni pendek tapi penuh makna. Sentap sekejap! huhu. Kadang2 tersyok sdiri. Kita seronok2 usrah, org lain terkapai2 mencari Allah. :(
Jazakillah for sharing..

qilaraf said...

waalaikumussalam..

yup..betul2.. sedang kite syok sendiri, tah2 ramai lagi yg snarnye tercari2... wallahua'lam ^^