Monday, June 30, 2014

Divine Speech Nouman Ali Khan Malaysia 2014 Notes - The Eloquent Speech of Allah

Alhamdulillah, semalam berakhir sudah seminar "Divine Speech" yang disampaikan oleh Ustaz Nouman Ali Khan.

One word for it - mind blowing!

Secara peribadi, saya rasa seminar ini mampu memberikan perspektif baru kepada para hadirin dalam melihat al-Quran.

Antara part yang menarik adalah apabila Ustaz Nouman membawa hadirin melihat peristiwa-peristiwa yang diceritakan dalam al-Quran seperti 'scene' yang bertukar-tukar 'angle' dalam filem.

Mari kita tengok ayat ni dan bayangkan situasi dalam ayat ini macam mana Ustaz Nouman bayangkan kepada kami:

(ayat ini mengisahkan tentang Perang al-Ahzab/Khandak atau 'The Battle of The Trench')

<< When they came upon you from above you and from below you, and when the eyes grew wild and the hearts reached to the throats, and you were harbouring doubts about Allah >>

(Surah al-Ahzab, 33 : 10)

"Imagine, the camera from the aerial view which you can see the enemies are coming from one side and the other side..."

(sambil kedua-dua belah tangan Ustaz Nouman menggayakan situasi itu)

"Now, the camera moves right in front of the face of the muslim army...so close that you can see their face expression, their eyes grew bigger...terrified..."

(sambil tangan Ustaz Nouman menggayakan camera bergerak dari 'aerial view' dan berada di hadapan mukanya, dan dia membesarkan matanya dan mulut yang terlopong untuk membuat mimik muka yang penuh ketakutan)

"And then, the camera zooms to their chest. Their heart beating fast that you can hear it..."

(sambil buat gaya jantung berdegup dengan tangannya)

"The camera zooms in deep into their hearts and their minds that Allah can see the doubts that they have in their minds towards Allah..."

*****

Wow! Just wow! Honestly, have any of you read the Quran with such intensity?! Because I didn't! Huhu. (if you do, that's amazing masyaAllah!)

Kalau kita teliti ayat-ayat ini, kita akan mendapati betapa sifat Allah Yang Maha Melihat dan Maha Mendengar!

Pertama, Dia Melihat keadaan keseluruhan di pertempuran Ahzab itu bagaimana tentera musuh datang dari segenap arah;

Kemudian, Dia juga Maha Melihat sekecil-kecil perkara, dalam ribuan tentera itu, Dia menyebut dengan jelas 'ekspresi wajah' tentera yang ketakutan;

Bukan itu sahaja, Dia turut dapat mendengar debaran jantung dan apa yang bermain di fikiran mereka!

Subhanallah!

*****

Sukar untuk saya kongsikan dalam bentuk penulisan, tapi begitulah suasana yang kami alami di dalam dewan seminar; itu baru satu ayat!

Yang paling best, bila Ustaz Nouman ajak kami membayangkan peristiwa perdebatan Nabi Musa a.s. dengan Firaun (Surah as-Syua'ra, 26 : 10 - 50)

Jaw-droppingly awesome!!

(part ni kalau nak dengar, kena cerita one to one. tak dapat nak tulis. siapa nak dengar bole request, tapi tak dapat lah exactly the same macam mana Ustaz Nouman buat. heh) 

*****

Lagi poin menarik yang dikongsikan oleh Ustaz Nouman tentang al-Quran:

#1
Al-Quran bukan diturunkan sebagai sebuah buku yang sudah siap tetapi al-Quran adalah kata-kata Allah kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang disampaikan kepadanya secara berperingkat dalam tempoh 23 tahun

#2
Pada tahun terakhir kehidupan Rasulullah s.a.w., Rasulullah telah memperdengarkan bacaan keseluruhan al-Quran sebanyak 2 KALI untuk diperiksa oleh Malaikat Jibril (peristiwa ini disaksikan oleh Zaid b. Thabit)

#3
Selepas Rasulullah s.a.w. wafat, di zaman Khalifah Abu Bakar r.a., usaha pengumpulan al-Quran dimulakan dan yang bertanggungjawab dalam misi tersebut ialah Zaid b. Thabit.

**Zaid b. Thabit adalah sahabat yang menyaksikan bacaan al-Quran oleh Rasulullah s.a.w. kepada Jibril

**Kata Ustaz Nouman, bacaan Rasulullah s.a.w. pada ketika itu adalah menurut susunan yang Allah kehendaki

**Kalau ada yang tanya bagaimana susunan surah dalam al-Quran terhasil, susunan itu adalah hasil perbincangan (consensus) para sahabat (termasuk Zaid b. Thabit) dan kita tidak mendengar ada susunan surah yang lain (selain yang ada pada hari ini) daripada mana-mana sahabat

**Ini membuktikan susunan surah dalam al-Quran bukanlah sesuatu yang direka oleh mana-mana manusia

#4
Ada RIBUAN sahabat Rasulullah s.a.w. yang menghafal al-Quran tapi semuanya menghafal SATU versi yang sama.

**Setiap kali sesebuah ayat diturunkan, mereka akan menghafalnya (ingat, al-Quran bukan diturunkan dalam bentuk 'sebuah buku' in bulk, tetapi secara berperingkat)

Jikalau tiada 'konsensus' antara mereka, sudah tentu akan wujud beribu-ribu versi al-Quran dengan susunan surah yang berbeza-beza. Tapi wujudnya hanya SATU VERSI al-Quran membuktikan al-Quran tidak mengalami perubahan dari zaman ke zaman.

Para sahabat Rasullah s.a.w. mengajarkan al-Quran di luar Tanah Arab dan seterusnya dari satu generasi ke satu generasi hinggalah ke hari ini.

Kalaulah kita panggil seorang yang hafaz al-Quran dari Amerika, seorang dari Afrika, seorang dari China dan kita minta mereka baca mana-mana surah dalam al-Quran, mereka mula baca dan berakhir dengan susunan dan jumlah ayat yang sama!

Jikalau al-Quran pernah diubah manusia sepanjang lebih 1400 tahun semenjak ia diturunkan, pasti al-Quran di China berbeza daripada yang di Afrika, dan berbeza dari yang ada di Amerika, tapi semua itu tak berlaku.

Maha Suci Allah!

#5
Pilihan perkataan dalam al-Quran yang sangat teliti.

Dalam al-Quran, Surah al-Baqarah ayat 2:

ذَٰلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ فِيهِ هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ

<< ITULAH kitab... >>

Walaupun dalam banyak terjemahan menterjemahkan ayat tersebut sebagai:

"Inilah kitab..."

Ustaz Nouman menyatakan terjemahan yang tepat adalah perkataan "ITU" kerana dalam bahasa Arab,

'ini' = هَذَا
'itu' = ذَلِكَ

Maka,

ذَٰلِكَ الْكِتَابُ = 'kitab itu'

'Kitab itu' merujuk kepada al-Quran yang lengkap yang tersimpan di Lauh Mahfuz (sebelum ayat-ayat al-Quran diturunkan secara berperingkat ke bumi, al-Quran sudah wujud 'in bulk' di Lauh Mahfuz).

Biasanya, sesuatu yang dekat dengan kita akan dirujuk dengan menggunakan perkataan 'INI'.

Penggunaan 'itu' memberikan indikasi 'sesuatu yang berada jauh', maka Allah guna 'itu', sebab kitab yang telah tertulis berada jauh di Lauh Mahfuz.

Begitulah ketelitian Allah dalam memilih perkataan dalam al-Quran. Hanya Allah yang Maha Sempurna dapat melakukan sesuatu yang seteliti itu!

*****

Tulisan ini panjang TAPI ini bukan 'summary' hari kedua seminar Divine Speech! Ada banyak lagi yang menarik yang tak tertulis di sini.

Mungkin apa yang ditulis ini tak mampu menggambarkan keseluruhan keindahan bahasa al-Quran (dan itu adalah kelemahan saya).

Hence, once again I would like to invite all of you to visit Bayyinah.tv for awesome lessons from the Quran! 

Allahu'alam.


Credit: Syafiqah Sulaiman 

No comments: