Ok, saya share satu lagi - one of my favourite examples in the Quran that I got from Divine Speech Seminar.
Dalam Surah al-Hajj, ayat 73, Allah membuat satu poin penting bahawa, apa-apa yang disembah selain Allah adalah sia-sia. Allah telah membuat satu perbandingan menggunakan lalat dalam ayat tersebut.
Maksudnya:
"O people, an example is presented, so listen to it.
Indeed, those you call upon/supplicate to besides Allah
will never create (as much as) a fly, even if they gathered together for that purpose.
And if the fly should steal away from them a (tiny) thing, they could not recover it from him.
Weak are the pursuer and pursued."
*****
Dalam Divine Speech, Ustaz Nouman telah menjelaskan ayat ini dengan begitu menarik sekali. Berikut penjelasan beliau:
#1
[...those you call upon/supplicate to besides Allah...]
Manusia, jika tidak menyembah Allah, mereka sembah 2 benda:
- tuhan palsu (false god): macam berhala (idols), etc
- raja (pemerintah): macam Firaun, etc
Untuk memudahkan penceritaan, saya akan guna perkataan 'berhala' dan 'Firaun' sahaja sebagai contoh seterusnya.
#2
[...will never create (as much as) a fly, even if they gathered together for that purpose...]
Jadi, berhala ataupun Firaun; tidak mampu mencipta apa-apa pun walaupun seekor LALAT, sekalipun semua berhala dan sembahan lain bekerjasama dengan mereka, mereka semua tidak akan mampu mencipta seekor LALAT itu.
#3
[...And if the fly should steal away from them a (tiny) thing, they could not recover it from him...]
Bila baca ayat ini, mungkin kita tertanya-tanya, bagaimanalah lalat yang begitu kecil boleh mengambil sesuatu daripada berhala itu? Apa maksud ayat ini sebenarnya?
Bayangkan...
Di satu tempat yang penuh dengan berhala dan di antara berhala-berhala itu ada satu berhala yang paling besar.
Di hadapan berhala besar itu pula tersedia pelbagai jenis makanan. Ada buah epal, ada anggur, ada nanas, ada pisang, ada pizza peperoni, ada nasi putih, ada ikan goreng, dan macam-macam lagi.
Tiba-tiba, datang seorang insan yang kelaparan lalu di tempat itu. Apabila dia melihat makanan yang banyak di hadapan berhala besar itu, dia terus mencapai sebiji buah epal yang kelihatan sungguh sedap di matanya.
Baru sahaja dia hendak mencapai buah epal tersebut, tidak semena-mena tangannya ditepuk oleh salah seorang penyembah berhala yang sedang melakukan upacara penyembahan di situ.
"Hoi, siapa suruh kau ambil buah epal tu? Itu untuk tuhan akulah!" kata orang yang menepuk tangan insan kelaparan itu tadi. Insan kelaparan itu lalu berlalu dari situ dengan penuh kesedihan.
Tanpa disedari, kelihatan seekor lalat sedang berterbangan mengelilingi pizza peperoni di hadapan berhala besar itu.
*bzzz*bzzz*bzzz* - lalat itu berbunyi.
'Waah, peperoni tu nampak sedaplah. Aku nak makan peperoni tu. Aku nak makan peperoni tu,' kata lalat itu di dalam hati lalu mendarat di atas pizza peperoni tersebut. Dengan lahapnya, dia menggigit peperoni itu sepuas hatinya.
*burp* - lalat itu tersendawa kecil.
Setelah sendawa kekenyangan, lalat itu dengan selamba dan senang hati terbang meninggalkan tempat itu.
Itulah keadaannya, berhala yang berada di hadapan makanan itu tidak mampu mengambil balik makanannya yang diambil oleh seekor LALAT yang kecil itu.
Mar kita lihat kembali perumpamaan yang Allah berikan dalam Surah al-Hajj, ayat 73:
[...And if the fly should steal away from them a [tiny] thing, they could not recover it from him...]
Alangkah benarnya kata-kata ALLAH itu!
#4
[...Weak are the pursuer and pursued...]
Lalu Ustaz Nouman menjelaskan, apa yang Allah mahu kita belajar daripada perumpamaan itu ialah:
"When the thing/person that you are pursuing is weak, you'll become weak. If you want to be strong, SEEK ALLAH and only ALLAH"
*****
Begitulah Allah membuatkan perumpamaan di dalam al-Quran agar MANUSIA BERFIKIR dan FAHAM.
Betapa lemahnya segala apa pun yang disembah selain Allah.
Dan 'tuhan palsu' itu bukan hanya terdiri daripada berhala semata-mata tetapi boleh jadi apa sahaja yang menjauhkan kita daripada mengakui Allah sebagai satu-satunya tuhan yang wajib dituruti perintah-Nya - termasuklah hiburan melampau, materialism, ideologi sekular, dan sebagainya.
Sesungguhnya, tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah!
Semoga kita menjadi manusia yang berfikir.
Allahu'alam.
Credit: Syafiqah Sulaiman

No comments:
Post a Comment