"Adik, akak nak tanya ni, macam mana adik sekarang ni? Masih mencari lagi ke?"
"Apa maksud akak mencari tu?"
"maksudnya, mencari 'something' yang terbaik untuk diri kita. Rohani.. Soul..."
"Hmm... Rasanya macam tu lah kot kak. Saya memang sejujurnya, tengah ambil masa untuk 'time out' kejap... Sebab tu lepas habis bulan *** aritu, saya senyap je tak join mana-mana program kita..."
"It's okay, good for you. Takpe, you take your time..."
"Tapi off lama-lama pun, nanti tak pasal-pasal lesap terus pulak kann.."
"Jangan terlalu lama dan jauh..."
Menalar. Merenung kembali. Bak kata Ustaz Hasrizal dalam buku terbarunya Menalar Makna Diri, pengkajiannya tentang Imam Birgivi, beliau bukan sahaja menghayati sejarah tokoh tersebut, bahkan merenung dan muhasabah dirinya. Sedikit sebanyak perkongsian ustaz semasa Seminar yang diadakan di UKM tempoh hari betul-betul menusuk hati dan perasaan.
It was at the right moment, as me myself was still in search the meaning of life. I finished my degree in ***, and soon after that, my time was filled with so many things. I want to go back to the basics. I want to unlearn and relearn.
Jujur kata, 3-4 tahun yang dah berlalu, memang banyak perkara yang telah saya belajar. From zero knowledge of anything, I've became someone who have something. Be it knowledge, or experience or anything under the sun. Saya yang sekarang tidak lagi seperti dahulu. Tapi, dalam 'something' yang ada tu, terasa masih ada kekosongan yang belum diisi.
Kita mungkin sibuk buat program sini, handle program sana, peduli hal adik-adik junior, tapi at one point, kita tak ambil peduli progress diri sendiri. Eh. Bukan la nak kata memang tak ambil pusing, tapi kurang sedikit. Yelah, busy buat program, busy juga buat assignment semua tu. Kadang-kadang kita lupa nak revise balik apa yang kita dah belajar. Lupa nak check amalan sendiri. zretttt.
'Time-out' kali ni benar-benar bermanfaat buat saya. Satu demi satu datang kepada saya, dalam keadaan yang tak saya jangkakan. Alhamdulillah dan sememangnya rasa bersyukur dengan segala macam tarbiyah yang saya dapat sepanjang fasa ni.
Beberapa bulan yang sangat lapang ini, saya belajar kembali untuk menghayati ayat-ayat al-Quran. Seperti pertama kali jatuh cinta dengan al-Quran, begitulah perasaannya. Saya membuka kembali buku-buku asas tentang Islam, seperti bagaimana untuk solat dengan sempurna, apakah saya benar-benar menganut Islam (Maza Yakni), buka balik nota-nota usrah berkenaan aqidah dan banyak lagi. It sounds very basics, right? IT IS.
Mungkin, kerana rutin yang diamalkan, menyebabkan saya leka, dan tidak menghargai setiap ibadah yang kita lakukan setiap hari. Dan mungkin juga, kerana leka itulah, saya makin tidak rasa kemanisan beribadah kerana Allah. He knows well upon this slave yang selalu leka. Dalam berprogram dengan pelajar-pelajar sekolah, sebenarnya secara tak langsung Allah bagi saya peluang untuk revise balik semua tu. Serius. Rasa macam baru jumpa jalan pulang lepas sesat yang terlalu lama.
Moga, dengan apa yang saya dapat sekarang ni, membuka 1 jalan, 1 peluang untuk saya terus istiqamah. Dalam beramal, dalam menyumbang kepada Islam. Pernah saya pasakkan dalam hati, lepas dari semua ni, saya takkan menoleh ke belakang lagi. Tiba masa untuk kembali infiru dari 'futur' yang disengajakan ni. Insya'allah.
No comments:
Post a Comment