Sunday, October 19, 2014

cahaya iman

sahabat

bilamana hati meronta
diri yang kian alpa akan amalmu

bersyukurlah.
itu tanda hati masih hidup

andai hati tidak tenang
tika diri melakukan dosa

yakinlah
masih bersisa iman di dalam hatimu

hati itu belum mati
cuma menunggu masa
untuk disemai kembali dengan cahayaNya

tika iman tinggi melangit
beribadahlah semahunya

jadikan bekalan
tika ia merudum jatuh

apabila sudah jatuh
usah mengalah, cuba lagi

kerana tiada siapa
imannya tidak naik, tidak pula jatuh

No comments: