Tuesday, March 17, 2009

sejarah bermulanya disini

17 mac 2009

enam tahun berlalu sudah. kini diri ini telah hampir dua tahun meninggalkan alam persekolahannya. kalau dulu, diri ini masih mentah, apatah lagi hidup berdikari tanpa keluarga disisi (tipu2, kampung 10 minit je dari sekolah) kalau dulu, diri ini tidaklah setinggi ini, tidaklah mempuanyai kuasa mata yang setinggi sekarang, dan yang pasti, tidaklah se'gila' sekarang.

di bumi pasir salak lah diri ini mengenal erti kehidupan, erti persahabatan, tak lupa juga erti hidup sebagai seorang pelajar mrsm. ingat senang ke hah, nak jadi pelajar mrsm ni? ingat senangkah apatah lagi tergolong dalam golongan perintis bagi maktabnye. ketika tarikh ini jugalah, kain biru tidak lagi menjadi kain rasmi. al-kisahku bermula begini...

ya, inilah maktabku.. er, bekas sekolah hakikatnya.

17 mac 2003

hari pertama mendaftar sebagai pelajar maktab rendah sains mara kg. gajah. jangan gelak. inilah asal usul nama maktabku dahulu kala. ala, zaman muda mudi la katakan. hari tu, perasaan masih bercampur baur. betul ke aku nak masuk mrsm ni? macam tipu jer. tak caye lah. tapi, setiba nye di pintu gerbang mrsm itu, baiklah, mulai hari ni, aku memang da jadi budak mrsm. cayalah. dah lah dekat dengan kampung. mesti boleh outing tiap2 minggu. dari luar, nampak begitu tersergam indah bangunan2nya. blok pentadbiran, dengan 'title' mrsm pasir salak yang dari jauh pun boleh nampak.


bangunan yang tersergam ini namanye blok pentadbiran.

masuk2 je, terpaksa daki bukit ( padahal bukan ke naik kereta) untuk ke parking lot disebabkan muka bumi maktab ini yang berbukit. tiba2, sampai je selekoh, alamak! jakan baru separuh berturap la pulak. dah nasib badan. inilah yang tak bestnye kalau jadi perintis, sumenye belum siap. tambahan pula, kakiku masa tu, agak tidak sihat disebabkan infectious ape tah. menyebabkannya berair yang memaksaku untuk tidak memakai kasut bertutup untuk beberapa minggu. dah la jalan pun merah lagi, habislah kaki den.

selesai parking kereta, nak kena berkumpul pula di dewan besar. adus, tadi baru je daki bukit, sekarang nak kena turun bukit balik? inilah kehidupan seterusku selama 5 tahun. turun naik bukit. mane nak sempat gemuk. nak capai berat badan normal pun susah. sesamapinye di dewan, kelihatan dah ada ramai yang dah sampai. rata2 bersama2 keluarga. memanglah,
hari terakhir bersama2. mestilah kena hantar. lepas ni jangan harap la nak datang selalu. bukan semua asal dari perak. aku je yang dikira bernasib baik sebab dapat dekat dengan kampung.


pemandangan dari aspuri tingkat satu. kalau dari tingkat tiga mesti lagi lawa.


mase kat dewan tu, rase macam daif pun ade. kain rentang pun biasa2 je. conteng2 sket pakai cat pelaka( btol ke name cat ni?) . takde lah se-grand macam budak2 sekarang yang baru masuk. banner yang tak boleh blah pula tu. beruntung mereka. beruntung mereka tak perlu hadapi macam ape yang kitorang lalui. seusai habis taklimat di dewan, ada taklimat bersama guru homeroom pula. tempat: di kelas. dan ini bermaksud, naik bukit lagi. tapi nasib baik taklah setinggi mana.

sampai kelas pula, alamak! tak cukup meja dan kerusi la pula. jadi terpaksalah berdiri sepanjang taklimat. guru homeroomku, miss hani mazlina hamzah namanya. kecil molek, suka tersenyum, dan peramah orangnye. berkelulusan dari universiti di uk, 6 tahun lamanya. wah, rupa2nye aku sama homeroom dengan anye, sahabat lama sejak dari tadika lagi. kembarnye, ani, berada di kelas sebelah bersama yusnieda. bagus, kita boleh buat geng bantingian kat sini.

selesai sudah semua perkara, tibalah masa yang paling digeruni kebanyakan pelajar baru asrama penuh. detik perpisahan dengan ahli keluarga. bagi aku, takde apelah sangat. yelah, kampung pun dekat. buat ape nak homesick2. takde maknenye. ramai diantara mereka menangis, ada yang 'cool' saja seperti aku. tapi yang tak tahan tu, ada sorang ahli kelas yang 'homesick'nya berminggu2. tiap hari menangis. tiap hari guru2 terpaksa memujuk. lawak betul la dia tu. memalukan diri sendiri. pantang nampak telefon, bergayut lama2 cakap kat mak mahu pulang. sambil menangis terpekik terlolong lagi tu. hakikatnya, pada ketika itu, perkhidmatan telefon awam sangat la terhad. maklumla, sekolah baru buka, tak sempurna lagi seperti sekarang. lagi2 pada masa tu, hanya ada dua 'batch' saja. tingkatan empat dan tingkatan satu. memang jauh beza umur kami. soal di'ragging', adalah juga, tapi mujur tak pernah dikacau. mungkin kerana masa tu, diri ini belum pandai tersenyum seperti sekarang.



kanak2 riang tingkatan 1A 2003

hampir keseluruhan ahli kelas. ada beberapa yang dah balik masa ni. tak sabar nak makan tengah hari agaknya.


jadi, konklusinya, tarikh ini memang banyak kenangannya. kalau mahu tahu lagi, janganlah segan silu, malu2 kucing untuk bertanya terus pada empunya blog ini. mana tau nanti ada pula sambungan kedua.

sampai disini saja. sekian, wassalam.

8 comments:

nurulainabdrazak said...

yurp!
kenalkenal!

kak qila yg dirindui!!

haha~

tesol?
ain nk apply tue~

ok x kat upsi?

do reply kat entri ain ley?

Cat's lover said...

suasane kt dpn 1A...ku igt lagi....rindunye sume2.....dah beso dh kite sumeeee....waaaa

fieqa said...

huaaa..bahasa melayu anda agak hebat..kikiki...

huaaaa....sory..aku br smpat bace btul2 coz xde smgt sgt lorhh, acount x ley log in..nt x ley bebel kat comment2 org.....


huaaaa, siaaannnn nyee kowg..hik3..
besh ar dak2 skrg..hu~~

p/s-siyes aku kater ayat bm ko ok..hahaha...agak soothing je aku bace cite nih..hehehehe...ye la kan..dah major post ko wat dlm bi..heh~

qilaraf said...

byk la ko..
tu pon cam da jd rojak je bm ak..

farah said...

yup2..
rindu diz ps soo much..
except 4 ur beloved classmate..(time form 5)
hahakz..
=)
heeee...

qilaraf said...

ahaha..
paham2..
sy pon camtu gak..
duduk je sblah dia..
kami yg t'seksa tau..
cian ak ngn intan..
haha

farah said...

hahahah..
tp qilah n intan mcm bahagia jer ngan dier..
hee.. =)

anna husna said...

rindu nye kat skol dulu...
dh byk pokok...
1st time dtg still in construction tau...
im kak ana ur super senior 1st batch..hehhe