aku tahu
tak semua merasakan
diri ini penting
untuk diingati
dan untuk dikasihi
apatah lagi dirindui
aku bukan sahabat terbaik
yang terhebat pernah kau miliki
kerana aku
masih kekurangan
masih serba tak lengkap
luar dalamku
tapi
kehadiranmu dalam hidupku
amat-amat bermakna buatku
mungkin kau tak ketahui
mungkin kau tak jangka
betapa pentingnya
nilai ukhwah itu buatku
kalau tidak
manakan sanggup
sering datang berkunjung
sering berhubungan denganmu
panggilan telefon, pesanan ringkas mahupun khidmat internet
tak kira habis minyak habis duit
agar dapat menghabiskan sisa masa yang ada
bersama-sama denganmu
rakan
aku benar-benar rindu kalian
walau akan jauh dimata
walau terpisah benua dan daratan
tapi ingatlah
kau sentiasa tersemat dihati
No comments:
Post a Comment