Saturday, May 21, 2011

belajar dari si kecil

salam and hi!

jom tengok video ni dulu~

haip, no peeking...

let's watch the video first!



alhamdulillah,
seronok kan bila tengok Nina berjaya naik basikal dengan bergayanya!
walaupun pada mulanya, banyak kali dia tak boleh nak kayuh betul-betul,
terhenti di tengah jalan, hampir terlanggar orang,
siap calar-calar lagi tu.. kesiannnn... tapi,
ayah dia tetap support 100% dan suruh dia cuba lagi..
akhirnya, dia boleh menunggang basikal dengan tersenyum bangga!

begitulah sepatutnya kita
kita dan kehidupan kita
tak mungkin lari dari ujian hidup
masalah persahabatan, keluarga, mahupun dalam pelajaran
ada kalanya kita sampai terfikir,
kenapalah Allah turunkan ujian ni kat aku?
aku dah baik dah ni
dah buat semua suruhanNya
dah patuh semua laranganNya
tapi kenapa Allah nak uji jugak?

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yg dusta."
(Al-Ankabut: 2-3)

Allah menguji kita ada sebabnya
untuk menjadikan kita
lebih kuat, tough dan tabah
tak main la kalau hambaNya lembik-lembik
terpijak kemuncup, meraung nak bagai

jadinya disini
ujianlah yang mengajar kita erti kehidupan
tanpa ujian, kita mana tau
apa erti sakit
apa erti susah
dan apa erti sedih
disebalik ujian yang mendatang
pasti ada hikmahnya
pasti ada sesuatu disebalik kejadian ini

Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.
(Al-Baqarah: 216)

apa yang ada disisimu akan lenyap, dan apa yang ada disisi Allah adalah kekal.
dan Kami pasti akan memberi balasan kepada orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan
(An-Nahl:96)

bak kata pepatah,
berakit-rakit ke hulu,
berenang-renang ke tepian,
bersusah-susah dahulu,
bersenang-senang kemudian.
(^_^)

wallahua'lam

No comments: